Pages

Thursday, April 28, 2011

Laporan ringkas Ijtima' Melbourne 22-25 April 2011(Bahagian 1)

Ijtima Melbourne 2011 di Masjid Fawkner. Gambar lama sebab tertinggal handphone di rumah




Hari Jumaat 22 April, program di mulakan selepas solat Maghrib, diikuti dengan Halaqah Iman(Bayan). Penulis tiba di Airport Melbourne pada jam 8 malam, dan 2 orang karkun tempatan yang ditugaskan khidmat Istiqbal menjemput saya yang berseorangan dari Tasmania. Setibanya di Masjid, kira2 seribu ummat dari pelbagai bangsa dan keturunan sudah pon bersiap sedia untuk bersolat Isya' secara berjemaah. Saya di ikram oleh 'khidmat sati' (brader2 khidmat toam) untuk makan bersama mereka setelah selesai solat Isya',(kerana jemaah lain sudah selesai makan setelah Bayan Maghrib). Berbeza dengan Malaysia, di sini tiada bacaan hayatus sahabah dan menganjurkan infradi amal selepas Isya' dan tido awal supaya bangun awal esoknya. Penulis sempat bertemu bual dengan karkun tempatan Syir Bai,Brunswick, Amir Jemaah 40hari ke Solomon Island yang sudi berkongsi karkuzari (laporan) mereka. Mereka telah keluar di sebuah pulau baru berdekatan Solomon Island, asbab pengorbanan mereka dan kesabaran setelah di marah, herdik, aju soalan bertubi oleh orang disana, dan atas hidayah Allah, 40 orang telah memeluk Islam. Memandangkan masa keluar di satu2 tempat hanya 2-3 hari, mereka hanya sempat mengajar serba sedikit tentang amal agama. Kemudian, saya beriktikaf di tingkat atas masjid(khas utk jemaah Luar Melbourne). Masjid dipenuhi umat manusia, sampai ada yang terpaksa beriktikaf di luar masjid.

Pagi 23 April 2011, Lampu di buka berperingkat peringkat sejam sebelum Subuh( Fajr Prayer). Di ikuti Halaqah Iman (Bayan) setelah selesai solat. Kemudian, jemaah tempatan bermesyuarat utk program hari itu di ikuti sarapan pagi. 

Jam 1030 pagi, Halaqah Taalim. Alhamdulillah, beberapa Jemaah sedang bergerak di Australia antaranya Jemaah Oman, Sri Lanka, 4 Bulan Malaysia, 1 Tahun Pakistan, dan 40hari tempatan. Di beritakan bahawa, Ijtima Brisbane juga sedang berlangsung. Kami diputuskan utk duduk dalam Halaqah Taalim mengikut bahasa masing2. Seramai 30+  orang tempatan dari Malaysia, Singapura + Indonesia berbahasa Melayu hadir dan duduk rapat-rapat, termasuk beberapa orang Pelajar Adelaide, Sydney, Melbourne dan saya,Tasmania,  dan Jemaah 4 Bulan Malaysia (Batu Pahat dan sekitarnya). Halaqah dikendalikan oleh Amir Jemaah Malaysia. Bacaan hadith tentang fadhilat amal(solat,zikir, Quran dll) diikuti Halaqah tajwid 3/4 orang sebulatan dan di ikuti Muzakarah 6 sifat unggul sahabat sehingga jam 12. Kemudian, kami berehat2 dan bersiap sedia untuk sembahyang Zohor pada jam 1230. 

Usai solat Zohor, program diteruskan dengan Bayan dari salah seorang Jemaah Oman tentang kepentingan Iman dan Amal di ikuti Tasykil (Azam keluar jalan Allah) tunai, untuk May dan Jun. Di beritakan satu jemaah Melbourne akan keluar ke China pada bulan May, termasuk saudara Abu Bakar berasal dari Sabah(karkun buzruk Melbourne). Kemudian toam yg disediakan oleh khidmat sati dr Northen side Melbourne. Semasa makan,asbab makan dlm dulang, saya sempat berkenalan dengan orang Myanmar berketurunan Pakistan dan menetap di Sabah 15tahun(Azimuddin), sebelum berhijrah ke Sydney. Kami berbual2 semasa makan bertukar2 isu-isu semasa. 

Solat Asar diikuti dengan Halaqah Iman(Bayan) oleh salah seorang Mufti dari Jemaah 1 tahun dari Pakistan dalam bahasa Urdu diterjemah oleh mutarjim dr Melbourne. Setelah selesai, kami bersiap sedia utk Solat Maghrib. 


Bersambung..

p/s Penulis memohon maaf atas kekurangan penulis banyak terlupa point2 Bayan, tambahan pula handphone,pen serta kertas tertinggal di rumah.InsyaAllah, saya cuba rangkumkan point2 payan nnti. Bersafar ke tempat yg jauh, tanpa telepon mmg merisaukan saya pada awalnya. Tapi, Alhamdulillah, Allah boleh sampaikan sesuatu mesej, menyelesaikan masalah hambanya tanpa melalui perantaraan telepon pon. Saya hanya doa, tawakal dan berserah pada Allah saja, supaya perjalanan pergi dan pulang saya selamat tanpa masalah dan alhamdulillah, Allah makbulkan.



4 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...