Pages

Sunday, July 31, 2011

Talfiq oh Talfiq




Talfiq..sekali dengar macam nama orang. Tapi ada satu perkara mustahak untuk kita semua tahu apa itu talfiq..tapi sebelum itu..


Dulu sorang sifolan yg bersekolah agama pernah bagitau pada saya, kalau kita tahu hukum2 dari mazhab yg lain, kita boleh guna pakai. Mengikut pengetahuan beliau dari saudaranya yang belajar di Mesir, Mazhab Hanafi mengkategorikan musafir walaupon seseorang itu menetap di suatu tempat lebih dari 3 hari.. Maka berpegang dengan ilmu tersebut, semasa kami menghadiri program selama seminggu di tanah air, selama seminggulah beliau jamak & qasar sembahyangnya tanpa ragu-ragu dan syak wasangka lagi.. Saya yang cetek ilmu, maka saya berdiam diri sahaja. 


Baru-baru ini saya keluar/khuruj dengan beberapa jemaah dari Sydney, yang majoritinya bermazhab Hanafi. Dalam bab sembahyang, walaupon tidak digalakkan bermuzakarah bab mazhab, tetapi atas kelemahan saya terkongsi serba sedikit tentang mazhab masing2.. Dan ketika itulah saya tahu yang mereka yang bermazhab Hanafi TIDAK menjamakkan solat, Zohor dan Asar, Maghrib dan Isyak(betulkan saya jika tersilap). Jadi, bagaimana dengan pegangan sifolan tadi?

Amir Sab kami yang berketuruan Fiji berkata "Kita ada 4 mazhab yang mashur. Sedangkan 4 Imam mazhab tadi sudah tetapkan jalan/cara masing-masing.. Maka kalau kita campur adukkan mazhab-mazhab, kita dah buat mazhab kelima." Wallahualam..


Semoga Allah pelihara saya dan tuan2 dari golongan yang memudah-mudahkan agama.

Satu penerangan yang dipetik dari blog Ustaz Hambali alorstari.

Talfiq bermakna “melipat”, namun pada istilah syar’i bermakna mencampuradukkan pendapat seorang ulama dengan pendapat ulama lain. Sedangkan tidak seorang pun dari mereka yang membernarkan perbuatan yang dilakukan tersebut.


Syeikh Muhammad Amin al-Kurdi mengatakan:

“(syarat kelima dari taqlid) adalah tidak talfiq, iaitu tidak mencampurkan di antara dua pendapat di dalam satu qadliyah (masalah), samada sejak dari awal, pertengahan dan seterusnya. Akibatnya nanti dua pendapat itu akan menimbulkan satu amaliyah yang tak pernah disebutkan oleh orang pendapat tersebut.” (Tanwir al-Qulub, 397)
Ini menunjukkan bahawa talfiq adalah melakukan suatu perbuatan atas dasar hukum yang merupakan gabungan dua madzhab atau lebih.

Contoh seperti berikut:
a. Seseorang berwudhu’ menurut madzhab Syafi’I dengan menyapu atau mengusap sebahagian (kurang dari seperempat) kepala. Selepas itu dia menyentuh kulit wanita ajnabiyyah (bukan mahramnya), kemudian terus bersolat dengan mengikuti Mazhab Hanafi yang berpendapat bahwa menyentuh wanita ajnabiyyah tidak membatalkan wudhu’.

Perbuatan seperti ini disebut talfiq, karana mencapuradukkan pendapat Imam Syafi’I dan Hanafi dalam masalah wudhu’. Hasilnya, kedua Imam tersebut sama-sama tidak mengakui bahwa gabungan itu merupakan pendapat mereka. Ini adalah kerana, Imam Syafi’I berpendapat batal wudhu’ seseorang yang menyentuh kulit wanita yang bukan mahram (Ajnabiyah). Sedangkan dalam masa yang sama Imam Hanafi tidak mengesahkan wudhu’ seseorang yang hanya mengusap sebahagian kepala.

b. Seseorang berwudhu’ dengan menyapu sebahagian kepala, atau tidak menggosok anggota wudhu’ karena mengiikuti madzhab Imam Syafi’i. Kemudiannya dia menyentuh anjing, karena mengikut Mazhab Imam Malik yang mengatakan bahwa anjing adalah suci. Ketika dia solat, maka kedua imam tersebut tentunya sama-sama akan membatalkannya. Sebabnya menurut Mazhab Maliki wudhu’ itu hendaklah dengan mengusap atau menyapu seluruh kepala dan juga dengan mengosok anggota wudhu’. Berwudu’ cara Imam Syafi’I, menurut Imam Malik adalah tidak sah.

Demikian juga anjing menurut Imam Syafi’i termasuk najis mughallazhah (najis yang berat). Maka ketika menyentuh anjing lalu bersolat, Maka solatnya tidak sah. Sebab berlaku demikian kerana kedua imam itu tidak menganggap sah salat yang dilaksanakan dengan cara tersebut.

Talfiq seperti ini dilarang di dalam agama sebagaimana yang tersebut di dalam kitab I’anah al-Thalibin:

“talfiq dalam satu masalah itu dilarang, seperti mengikuti Imam Malik dalam sucinya anjing dan ikut Imam Syafi’I dalam bolehnya mengusap sebahagian kepala untuk mengerjakan solat.” (I’anah al-Thalibin, juz 1, hal 17)

Perkara ini dilarang kerana dibimbangi akan terjadi “tatabbu’ al-rukhash” (mencari yang mudah) di dalam beramal. Ini juga agar umat tidak mengambil jalan meringan-ringankan hokum dan agar tidak bersifat “tala’ub” (main-main) di dalam hukum agama.
Sebenarnya larangan talfiq bukan untuk mengekang kebebasan umat Islam untuk memilih mazhab. Ianya juga bukanlah merestui sikap pembelaan dan fanatik terhadap mazhab tertentu namun ianya lebih kepada menjaga kebebasan bermazhab agar tidak disalahfahami oleh sesetengah gulongan.

Untuk menghindari amalan talfiq yang dilarang ini, maka perlulah ada satu penetapan hukum dengan memilih salah satu mazhab dari ‘mazahib al-arba’ah’ yang sesuai dengan keadaan dan suasana di tempat kita.

Wallahualam

Sumber: Muhyiddin Abdusshomad, Fiqih Tradisionalis, Malang:Pustaka Bayan, 2004, dengan olahan di dalam bahasa Malaysia oleh penulis.

3 comments:

  1. semoga Allah permudahkan...

    selmat menyambut ramadhan al-mubarak..

    ReplyDelete
  2. Anak Pendang - Sama2 tuan.. Selamat berRamadhan jg. Semoga Allah mudahkan cillah tuan tahun ni dan akan datang..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...