Pages

Showing posts with label adab. Show all posts
Showing posts with label adab. Show all posts

Tuesday, March 15, 2011

Kisah Kubur

Dikisahkan bahawa sewaktu Fatimah r.a. meninggal dunia maka jenazahnya telah diusung oleh 4 orang, antara :- 1. Ali bin Abi Talib (suami Fatimah r.a) 2. Hasan (anak Fatima r.a) 3. Husin (anak Faimah r.a) 4. Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a Sewaktu jenazah Fatimah r.a diletakkan di tepi kubur maka Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a berkata kepada kubur, "Wahai kubur, tahukah kamu jenazah siapakah yang kami bawakan kepada kamu ? Jenazah yang kami bawa ini adalah Siti Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah s.a.w." Maka berkata kubur, "Aku bukannya tempat bagi mereka yang berdarjat atau orang yang bernasab, adapun aku adalah tempat amal soleh, orang yang banyak amalnya maka dia akan selamat dariku, tetapi kalau orang itu tidak beramal soleh maka dia tidak akan terlepas dari aku (akan aku layan dia dengan seburuk-buruknya)." Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak selamat dari siksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara semuanya :- 1. Hendaklah ia menjaga solatnya 2. Hendaklah dia bersedekah 3. Hendaklah dia membaca al-Quran 4. Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan melapangkannya.


Adapun empat perkara yang harus dijauhi ialah :- 1. Jangan berdusta 2. Jangan mengkhianat 3. Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini) 4. Jangan kencing sambil berdiri Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini. Jangan sekali-kali kita berfikir bahawa kita akan dapat menjawab setiap soalan yang dikemukakan oleh dua malaikat Mungkar dan Nakir dengan cara kita menghafal. Pada hari ini kalau kita berkata kepada saudara kita yang jahil takutlah kamu kepada Allah s.w.t. dan takutlah kamu kepada soalan yang akan dikemukakan ke atas kamu oleh malaikat Mungkar dan Nakir, maka mereka mungkin akan menjawab, "Ah mudah sahaja, aku boleh menghafal untuk menjawabnya." Itu adalah kata-kata orang yang tidak berfikiran. Seseorang itu tidak akan dapat menjawab setiap soalan di alam kubur jikalau dia tidak mengamalkannya sebab yang akan menjawab ialah amalnya sendiri. Sekiranya dia rajin membaca al-Quran, maka al-Quran itu akan membelanya dan begitu juga seterusnya.

Wednesday, October 20, 2010

Dalam sunnah ada kejayaan..walaupon bab toilet..oh!

haish..hilang pulak menda2 yang aku tulis atas ni smlm..dek kerana nak paste link yg baru aku jumpa pasal adab toilet..takpe la..

Intipati yg aku ingat
1. Pengenalan aku budak archi..
2. Design space  yg tak penting ,toilet, tapi penting sebab keperluan harian.
3. Sunnah Nabi Saw dalam toilet. Kita Architect yang ada iman, perlu design supaya semua orang dapat amal  Sunnah samada mereka sedar atau tidak. Mungkin Allah bagi saham kat akhirat, sebab niat kita tu..
4. Dalam sunnah, ada kejayaan/ kebaikan/manfaat dsbnya..



link ni pulak mungkin membantu aku dan korang..tak pon join muzakarah adab kat masjid korang..

Baru sebentar tadi, tgk satu rancangan kat tv Australia ni.. Dorang demo cara duduk utk tandas duduk..Rupa-rupanya, dorang baru dapat penemuan yang position duduk tidak sesuai utk be* sebab mengganggu kelancaran pembuangan.(Korang research la sendiri). Oleh kerana dorang tidak mempunyai tandas cangkung kat negara ini, dorang cadangkan letak apa2 bahan utk tinggikan kedudukan kaki, atau jengketkan kaki supaya time be* position seakan-akan cangkung(squatting)..Yang sedihnya, oleh kerana kita umat Islam kurang mengkaji, dan terima bulat2 apa yg orang Barat bagi, kita pon terima bulat2 design WC duduk, and ketepikan Sunnah Nabi Saw yang galakkan kita cangkung time be*. Maka rugilah orang2 yang menggunakan tandas2 duduk yang ada sekarang, atas sebab diri kita (designer) yang jahil takmau mengkaji, lagi-lagi tak yakin dengan Sunnah Nabi Saw. Aku pernah tengok sorang pakcik Cina kat Ikea KL, dalam tandas, die pilih2 cubical yg ada kat situ, and aku perasan dia pilih yang cangkung daripada yg duduk..Kesimpulan aku, mungkin die pon tahu kot tu Sunnah Nabi Saw .. takpon, paling koman, dia tahu kebaikan tandas cangkung..(habis satu part)..

Nanti la..part2 pulak..
p/s : komen2 la sket..kot2 pemikiran ni boleh bercambah.. Semoga Allah bagi hidayah kat kita utk amal Sunnah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...