Pages

Monday, October 18, 2010

Masa itu makhluk..

Salam pembaca semua..

Belajar Architecture ni, agak mencabar la bagi saya (mungkin tidak pada orang lain).. Salah satu daripadanya, subjek theory yg agak2 boleh pecah kepala otak.. Nak kaitan segala benda dengan Architecture. So, saya pilih la satu tajuk, "Games" memandangkan saya suka bermain game.. Dan bila kaji kaji, Game ni ada kaitan dgn Time and Space..So, kaji jugak bab tu.. sampai la masuk theory Einstein..

Google je pasal theory ni, bersepah2 ada maklumat pasal theory of relativity ni..Ada yg sokong, ada yg bangkang.. Ada yg ckp, space tiada, maka masa pon tiada..Bermula dgn fenomena big bang, masa bermula dari situ.. <----Sesetengah theorist cakap camtu..


Tapi saya di sini bukanlah nak membincangkan tentang itu..Cuma bila membaca serba sedikit theory2 dorang ni, apa yg saya nampak ialah, Masa itu Makhluk, dan Allah ialah Tuhan yg mencipta dan berkuasa atas makhluk Nya, Masa. Dengan adanya masa, kita dapat tentukan awal akhir, sebelum, selepas, semasa, sebagainya.. dan dengan akal yg singkat ni juga, dulu, saya selalu berfikir akan 'saat' kewujudan Allah (taktau la kalau ada di luar sana berfikir sama seperti saya), dan saya akan cepat2 alihkan pemikiran saya, sebab saya tahu, perkara ini diluar kemampuan akal saya. Biasa yg saya dengar, "Allah itu wujud..tiada awal, dan akhir"titik! Sekarang, Alhamdulillah, Allah bagi kefahaman, yg Masa itu juga makhluk..dan masa tidak memberi kesan ke atas Tuhan pencipta masa = bahawa Allah, tiada awal akhir,sebelum,selepas... Dan Allah berkuasa utk mengubah masa, makhluk ciptaan Nya mengikut kehendak Nya. Allah boleh panjangkan masa seseorang, pendekkan. Satu jam yg panjang, tak sama dengan satu jam yg pendek, kan?

Saya menulis ini, berdasarkan pemikiran saya yg cetek, dan saya harap ia tidak bertentangan dengan agama. Jika salah cara saya berfikir, harap diperbetulkan..

"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian - kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pulak berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar."
 (Surah Al -Asr)

4 comments:

  1. buku sudah sampai..
    SPACE TIME PLAY..makin lagha la aku cenggini..makin dkt la dgn dota balik.. adeh..

    ReplyDelete
  2. syukur.. sememangnya masa tu makhluk Allah.. dijadikan untuk kita supaya dapat tentukan awal akhir n mengejar kepada keredhaanNya (bagi yang sedar lalu beriman)..

    ReplyDelete
  3. masa itu makhluk. bila tiba hari pembalasan, masa akan dimatikan. that explain eternity. tak dapat dibayangkan bagaimana bahagia disyurga selama2nya atau disiksa di jahannam selama2nya. allahualam

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...