Kejayaan manusia hanya se- dalam agama, taat perintah Allah, dengan cara Nabi saw |
Penulisan ini adalah untuk diri sendiri, sbb makin hari rasa makin jauh dari Sunnah Nabi saw. Doakan semoga Allah bg kekuatan utk amal sunnah dalam kehidupan, di samping dapat taat perintah Allah setiap waktu dan detik..Iman turun naik, apetah lagi Iman saya yg mcm biskut ni (kejab ada, kejab takde). huuu
Dulu terfikir jgk, apa respond orang orang Australia dengan pemakaian Sunnah..(berjanggut, kopiah, jubah/kurta). Selalu dengar2 cerita, org2 sini tak berapa selesa dengan kehadiran org Asia..ada antara kami yang di baling botol air dan bola ke kepala, dilontarkan dengan kata2 kesat spt uncivilized dan macam2 lagi..Itu yg berpakaian biasa, kemeja tshirt, jeans.. (Apetah lagi kopiah jubah, serban- ni pemikiran bila sampai di bumi Australia mula2 dulu).. rasa takut dengan makhluk tu masih menebal lagi dalam hati ni.., tak cukup korban lagi la tu..oh!
Tapi lepas balik khuruj masa cuti semester haritu, Alhamdulillah Allah bg kekuatan utk amal. Mmg masa tu bisik dalam hati, "apa nak jadi, jadi lah". Pergi kelas, pasaraya, mana2 saja,paling kurang, kopiah..Tp mmg betul, kalau niat nak sukakan Allah, semua benda jadi mudah.. Kan makhluk tu semua dalam genggaman Allah.. Allah yang bolak balikkan hati manusia..kalo Allah nak jadikan org bukan Islam tu selesa dengan Sunnah Nabi saw, tak ada siapa pon boleh halang.. kan?
Kisah 1 : "Hi Abdul! Abdul?" Seorang mat salleh menyapa saya sambil mengangkat tangan dan melontarkan senyuman.. Oh, terharu sungguh masa tu..masa tu tengah duduk tunggu member yang membeli belah tak hbs2 lagi..
Kisah 2 : "Tin tin ton ton" Pakcik dan makcik salleh hon dari jauh, sambil angkat tangan dan senyum semasa saya dan jemaah dari Melbourne buat ziarah kat Launceston ni..
Kisah 3 : Atas ketentuan Allah, kelas semester lepas dan semester ni hari Jumaat..9-4ptg.. mmg menjadi masalah besar bg kami budak2 lelaki Melayu Muslim terutama sekelas dgn saya bila tiba waktu utk solat Jumaat. Nasib tak baik, dkt2 masa tu la, nak ada tutorial, crit session, presentation dan sbgnya, dugaan2 penghalang Solat Jumaat.. jadi, ada la yang terlepas solat jumaat atas sebab2 diatas. tp Alhamdulillah, semester ni..bila Islam itu disyiarkan dgn pakaian dan sedikit perbincangan (eceh), lecturer2 dan student local pulak yang terlebih concern dgn solat Jumaat kitorang..masing offer diri utk swap turn tutorial, discussion dgn lecturer, supaya kami berpeluang utk solat Jumaat..hah, sapa cakap susah nak amal agama kat bumi Australia nih? saya!hoho
Kisah 4: Kalau beli barang kat pasaraya sini, kalau cashier tu perempuan, biasanya saya terpaksalah bukak tapak tangan selebar2nya kalo nak terima balance/receipt *nak bg hint kat cashier ( jangan sampai sentuh tangan, nnti wuduk aku batal, tolongg!!!)
Di sini ada 2 keadaan mengikut pengalaman saya sendiri.. kalo tak pakai kopiah, jubah, etc, jgn haraplah dorang nak letak duit tu tanpa terkena tangan yang menadah ni..buka la selebar mana pon, dorang belasah je letak duit tu kat tangan kita..
Tapi lain kalo berSunnah..berdasarkan pengalaman, mmg cashier2 ni seperti dilatih or diberitahu oleh majikan supaya tidak sentuh tangan org2 muslim, nnti wuduk mereka batal..hehe macam pelik, tp mmg macam tu la yang terjadi. Well, cemana dorang nak tau kita ni muslim atau tak kalo pakaian kita sama, sebijik, sebutir, seacuan macam mereka..
Semua tindak tanduk manusia binatang, jin semua dalam kawalan Allah swt belaka.. Cuma pada kita yg kena usaha supaya yakin pd Allah sebulat bulatnya dan amal sunnah Nabi saw sehinggakan bukan Islam pon Allah boleh jadikan asbab manfaat atau khidmat utk kita.. Tak mustahil kan..sedangkan ikan ikan di laut, haiwan berbisa pon boleh mendoakan keampunan utk seseorang Hamba Allah (spt yg terdpt dlm hadith Nabi saw.), apetah lagi manusia yg berkaki bertangan..
Well, takde la teruk sgt rupanya orang2 sini.. Utk taat perintah Allah, amal sunnah Nabi saw perlukan kekuatan iman. Tak hairanlah, ada hadith Nabi yang mengatakan Umat Nabi yang amal agama, seperti mengenggam bara api. Sesungguhnya, mmg payah, tapi lama kelamaan kalo istiqamah, bara yang membara pon akan malap, kesenangan pulak akan datang..Kita takkan nampak kuat atau tidak iman kita, melainkan dengan amalan agama.. Jadi kalau nampak saya TIDAK berkopiah, berjubah,bersugi, solat awal waktu..iman lemah la tu (no doubt).adoiyai nye pon!
Doakan saya yer tuan tuan.. Iman lemah sgt2.. Semoga agama yang sempurna hadir dalam diri kita semua. Amin..
genggam sunah dengan geraham!
ReplyDeletegenggam bara api, biar sampai jadi abu!
ReplyDeletepengalaman yang sama.
ReplyDeletecuma di kelantan nak pakai suinnah bukan perkara janggal.
hanya terpulang diri, nak pakai tak???
pengorbanan tuan lebih besar sebenarnya.
teruskan istiqamah.
besar btol pengorbanan utk amalkan sunnah.. smoga ALLAH akan bagi ganjaran setimpal dgn mujahadah tuan
ReplyDeleteIsmi Ijmi : takde la tuan..pengorbanan saya ni sikit sgt nak dibandingkan dgn tuan2 semua.. Baru belajar2 nak hidupkan suasana..bila ada suasana agama, nak amal pon mudah sket org ckp.
ReplyDeleteHidayatullah : :D :D :D Semoga Allah pilih kita utk kerja2 agama lagi dan lagi..Amin
Teruskan perjuangan anak muda.
ReplyDeleteBetul setuju ngan penglipur lara...bila ada pelopor, Allah bagi kekuatan kat orang yg iman lemah mcm aku ni utk ikut sama...bila berpakaian sunnah, ia turut membantu jaga amalan n agama...syiar agama pun turut tersebar dengan sunnah..Amin...!
ReplyDelete