Pages

Monday, October 11, 2010

Janggut oh janggut..

Fadhilat Janggut - di petik dari blogger mutakalim umat

Salam sejahtera kepada semua..

Ramai yang bertelingkah dan berbeza pendapat mengenai janggut. Ada yang mengatakan ianya sunat sahaja, ada juga yang mengatakan ianya adalah adab orang arab semata-mata. Sebenarnya janggut adalah satu sunnah Baginda s.a.w yang besar. Ianya bukan sekadar sunat, tetapi ianya adalah satu sunnah kepada setiap Nabi2 yang terdahulu. Banyak kitab2 hadith menerangkan mengenai janggut dan kepentingannya. Antaranya juga ada disebut di dalam kitab Syamail Tirmidhi.

Maka di sini aku kepilkan beberapa maklumat untuk mengukuhkan penyataan mengenai kepantingan janggut. Petikan dibawah adalah titipan daripada bicaramuslim.com.

Hadith-Hadith Yang Mewajibkan Memelihara Janggut Atau Jambang

Antara hadith-hadith sahih dari Nabi s.a.w yang menunjukkan wajibnya memelihara janggut dan jambang kemudian mewajibkan orang-orang lelaki beriman supaya memotong atau menipiskan misai mereka serta pengharaman dari mencukur atau memotong janggut mereka ialah:

1. "Abdullah bin Umar berkata telah bersabda Rasulullah s.a.w :"Janganlah kamu menyerupai orang-orang Musyrikin, peliharalah janggut kamu dan tipiskanlah misai (kumis) kamu." (H/R al Bukhari, Muslim dan al Baihaqi)2. Dari Abi Imamah bahawa telah bersabda Rasulullah s.a.w : "Potonglah misai kamu dan peliharalah janggut kamu, tinggalkan (jangan meniru) Ahl al-Kitab." (Hadith sahih, H/R Ahmad dan at Tabrani)3. Dari Aisyah R.ha berkata bahawa telah bersabda Rasulullah s.a.w :"Sepuluh perkara dari fitrah (dari sunnah nabi-nabi) di antaranya ialah mencukur misai dan memelihara janggut." (H/R Ahmad, Muslim, Abu Daud, at Turmizi, an Nasaii dan Ibn Majah) Bagi individu yang menjiwai hadith di atas pasti mampu memahami bahawa Nabi Muhammad s.a.w melarang setiap mukmin dari meniru atau menyerupai suluk (tatacara) orang-orang kafir sama ada dari golongan Yahudi, Nasrani, Majusi atau munafik.

Antara penyerupaan yang dilarang oleh baginda ialah berupa pengharaman ke atas setiap orang lelaki yang beriman dari mencukur janggut dan jambang mereka. Kemudian baginda melarang pula dari memelihara misai (kumis) kerana dengan memelihara misai kemudian mencukur janggut telah menyerupai perbuatan semua golongan orang-orang kafir.

Antara motif utama dari larangan baginda itu ialah agar orang-orang yang beriman dapat mengekalkan sunnah supaya tidak mudah pupus di samping mengharamkan setiap orang yang beriman dari meniru tata-etika, amalan dan tata-cara orang-orang kafir atau jahiliah.

Larangan yang berupa penegasan dari syara ini telah dijelaskan oleh Nabi Muhammad s.a.w melalui hadith-hadith baginda. Terlalu sukar untuk ditolak atau dinafikan tentang pengharaman mencukur janggut ini kerana terlalu banyak hadith-hadith sahih yang telah membuktikannya dengan terang tentang pengharaman tersebut.

Memang tidak dapat diragukan, antara penyerupaan yang diharamkan oleh Nabi Muhammad s.a.w ialah meniru perbuatan orang-orang kafir yang kebanyakan dari mereka lebih gemar mencukur janggut dan jambang mereka kemudian membiarkan (memelihara) misai mereka sebagai hiasan. Ketegasan larangan mencukur janggut yang membawa kepada penyerupaan masih dapat difahami melalui hadith-hadith baginda yang seterusnya sebagaimana di bawah ini:

1. Dari Ibn Umar ra berkata bahawa, telah bersabda Rasulullah s.a.w :"Sesiapa yang menyerupai satu satu kaum, maka ia telah menjadi golongan mereka." (H/R Ahmad, Abu Daud dan at Tabrani)

2. Dari Abi Hurairah ra bahawa telah bersabda Rasulullah s.a.w :"Bahawasanya ahli syirik memelihara misainya dan memotong janggutnya, maka janganlah meniru mereka, peliharalah janggut kamu dan potonglah misai kamu." (H/R al Bazzar)

3. Bersabda Rasulullah s.a.w : "Janganlah kamu meniru (menyerupai) orang-orang Majusi (penyembah berhala) kerana mereka itu memotong (mencukur) janggut mereka dan memanjangkan (memelihara) misai mereka." (H/R Muslim)

4. "Tipiskanlah misai kamu dan peliharalah janggut kamu. Di riwayat yang lain pula : Potonglah misai kamu dan peliharalah janggut kamu."(H/R al Bukhari)

5. Dari Abi Hurairah berkata telah bersabda Rasulullah s.a.w : "Di antara fitrah dalam Islam ialah memotong misai dan memelihara janggut, bahawasanya orang-orang Majusi memelihara misai mereka dan memotong janggut mereka, maka janganlah kamu menyerupai mereka, hendaklah kamu potong misai kamu dan peliharalah janggut kamu." (H/R Ibn Habban)

5. Dari Abdullah bin Umar berkata bahawa pernah disebut kepada Rasulullah s.a.w seorang Majusi maka beliau bersabda : "Mereka (orang-orang Majusi) memelihara misai mereka dan mencukur janggut mereka, maka (janganlah menyerupai cara mereka) tinggalkan cara mereka."(H/R al Baihaqi)

6. Dari Ibn Umar ra berkata "kami diperintah supaya memelihara janggut"(H/R Muslim)

7. Dari Abi Hurairah bahawa tlah bersabda Rasulullah s.a.w : "Cukurlah misai kamu dan peliharalah janggut kamu". (H/R Muslim)

8. Dari Abi Hurairah berkata bahawa telah bersabda Rasulullah s.a.w :"Peliharalah janggut kamu dan cukurlah misai kamu, janganlah kamu meniru (menyerupai) Yahudi dan Nasrani". (H/R Ahmad)

9. Dari Ibn Abbas berkata : "Bersabda Rasulullah s.a.w : Janganlah kamu meniru (menyerupai) 'Ajam (orang asing dan ), maka peliharalah janggut kamu". (H/R al Bazzar)

Jumhur ulama (ulama tafsir, hadith dan fiqah) menegaskan bahawa suruhan yang terdapat pada hadith-hadith (tentang janggut) adalah menunjukkan suruhan yang wajib bukan sunnah kerana ia menggunakan lafaz atau kalimah: ‘ "nada (gaya) suruhan" yang tegas, jelas (dan diulang-ulang)."

Sunnah Nabi Saw ada 3 jenis..Surah, Sirah, Sarirah or Perbuatan, Percakapan dan Fikir Nabi..Cemana Nabi risau dgn ummat, kita pon kna jgk fikir risau dgn ummat..Nabi saw selalu cakap2 pasal kebesaran Allah, kita pon kna jgk ckp tentang hal yg sama..Nabi saw makan dgn tangan kanan, kita pon mesti makan dgn tangan kanan..sbb apa mesti? sebab dalam Sunnah ada kejayaan.. Cara hidup yg bawa manusia berjaya dunia akhirat.. . Marilah sama2 kita amal sunnah Nabi saw dlm kehidupan.. :D


Ulama bgtau,

Pengertian Sunnah yg kurang tepat : Buat dapat pahala, tak buat takpe..

Pengertian Sunnah yg lebih tepat : Buat untung, tak buat rugi..


Dari Anas bin Malik ra. katanya, Rasulullah SAW telah berkata kepadaku: 'Hai anakku! Jika engkau mampu tidak menyimpan dendam kepada orang lain sejak dari pagi sampai ke petangmu, hendaklah engkau kekalkan kelakuan itu! Kemudian beliau menyambung pula: Hai anakku! Itulah perjalananku (sunnahku), dan barangsiapa yang menyukai sunnahku, maka dia telah menyukaiku, dan barangsiapa yang menyukaiku, dia akan berada denganku di dalam syurga! ' (Riwayat Tarmidzi)

Dari Ibnu Abbas ra. bahwa Nabi SAW yang berkata: "Barangsiapa yang berpegang dengan sunnahku, ketika merata kerusakan pada ummatku, maka baginya pahala seratus orang yang mati syahid". (Riwayat Baihaqi) Dalam riwayat Thabarani dari Abu Hurairah ra. ada sedikit perbedaan, yaitu katanya: Baginya pahala orang yang mati syahid. (At-Targhib Wat-Tarhib 1: 44)


Moga dpt amik iktibar dan sampaikan.. InsyaAllah

Friday, October 8, 2010

Tikus yang cerdik


Bismillahirrohmanirrohim

"Tersebutlah kesah berlaku pada suatu negeri, nama negerinya Pura Cendana. Diperintah oleh Raja yang adil saksama Baginda Alam Syah Bana, disitu tinggal satu keluarga yang menjalankan usaha pertanian padi. Rumahnya banyaklah padi, bila ada padi maka adalah musuhnya iaitu tikus, untuk menyelamatkan padinya , petani ini memelihara kucing yang garang untuk menangkap dan membunuh tikus. Jadi banyaklah tikus yang menjadi mangsa kucing ini.

Keadaan ini menimbulkan kerunsingan buzruk-buzruk (elders) tikus ini. Atas kerunsingan inilah maka satu keputusan dibuat bagi mengadakan satu perjumpaan seluruh tikus-tikus dikawasan itu, iaitu bagaimana usaha perlu dibuat untuk menyelamatkan generasi tikus daripada kemusnahan demi kemusnahan angkara kucing ini. Setelah berkumpul semua tikus, mesyuarat pun dijalankan, yang mana ahli syuranya terdiri dari buzruk-buzruk yang badannya telah putih dan banyak pengalaman. Maka banyaklah syor yang dicadangkan, ada yang syor supaya setiap hari mereka korbankan seekor tikus untuk dipersembahkan kepada kucing sebagai makanannya, dan ada yang syor ditubuhkan kumpulan jaga malam dan sebagainya, pendek kata banyaklah syor yang dicadangkan tetapi semuanya tidak diterima , Mesyuarat ini berlarutanlah sehingga semua mereka kecewa kerana tiada keputusan dibuat. Ditengah-tengah kecewa inilah maka tampillah seorang buzruk yang tadinya diam tidak berkata-kata dan memberi cadangan. Cadangannya ialah, Kita buat satu rantai dimana kita letakkan loceng pada rantai tersebut yang mengeluarkan bunyi yang kuat, ketika tikus ini sedang rehat atau tidur kita gantunglah pada lehernya, setelah digantungkan rantai ini, bila kucing ini berjalan atau berlari maka ia akan mengeluarkan bunyi. Bunyi inilah yang akan menyelamatkan kita, bila kita dengar bunyi ini maka semua kita akan dapat menyelamatkan diri masing-masing dan semua tikus akan selamat. Mendengar saja cadangan ini maka semua tikus gembira dan memuji kepintaran buzruk ini, semua mereka bersorak, melompat dan ada yang terguling-guling, sambil menjerit, “kita selamat”, “pergi kucing jahanam”, “Bravo”, “Selamatkan generasi tikus”, “Hidup tikus, jahanam kucing”, begitulah punya seronohnya mereka sebab sudah nendapat jalan penyelesaiannya. Hanya buzruk seekor ini sahaja yang diam, kemudiam dia menyambung lagi cakapnya sambil mendiamkan semua tikus dia berkata

“SIAPAKAH ANTARA KITA YANG SANGGUP UNTUK MENGGANTUNGKAN RANTAI DI LEHER KUCING INI”. Mendengar ini semua tikus diam seekor tikus pun tidah angkat kepala dan bersedia untuk menjaLANKAN TUGAS UNTUK MENGGANTUNGKAN RANTAI INI. Kalau ini terjadi bagaimana nasib tikus ini adakah ia akan berubah dan selamat ?


Ini tamsilan berlaku zaman sekarang, jalan penyelesaian telah ditunjukka oleh rasulullah saw. Tetapi umat ini tidak jalankan kerja sebagaimana sahabat r.hum dahulu buat. Hari ini semua orang baik daripada golongan atas hingga bawah semua bercakap tentang masalah tetapi tidak melakukan kerja untuk penyelesaian. Jadi setiap orang daripada kita kena buat usaha korbankan harta dan diri untuk agama Allah swt."

Semoga Allah pilih saya dan tuan2 InsyaAllah

Tuesday, October 5, 2010

Poligami

Terjumpa pendapat seorang akak tentang poligami..good things to share.

"Nikmat suami yg beriman itu tiada tandingannya. Jadi, kalau dpt suami yg beriman, walaupun kena berkongsi, ramai wanita yg sanggup...Hints: Lelaki-kalau nak jadi dambaan wanita, jadilah org yg beriman.Saya banyak dengar kisah2 beberapa org lelaki yg beriman, yg telah dipinang sendiri oleh wanita. Lelaki beriman ini "rare species". Kalau dah jumpa, cepat2lah reserve. Nanti dah diambil orang lain pula.

Betul pesan Hamka...kalau nak cari lelaki yg beriman, carilah yang istikhamah berada dlm masjid, di awal waktu solat, di dalam barisan saf pertama. Kalau tak dapat suami/muhrim yg suka ke masjid...pujuk & pujuklah. Galakkan suami untuk solat di surau/masjid. Setiap langkah kakinya, ALlah akan menghapuskan satu dosa, Allah beri ganjaran satu pahala dan ALlah angkat darjatnya. Bila bersolat jemaah pula, ALlah akan gandakan ganjaran solatnya 27 kali ganda. Si isteri di rumah pula, yg menggalakkan suami utk ke masjid akan dapat 28 kali ganjaran. 27 ganjaran seperti suami (tanpa dikurang sedikit pun dari ganjaran si suami) dan 1 ganjaran utk solatnya yg dikerjakan di rumah."

Takde la kata aku seorang yang bakal berpoligami.. and sudah tentu aku tak menentang. Aku serah pada Allah je bab tu.. Suami isteri kna main peranan la..Cuma penyelesaian itu pasti ada .. renung2kan la.. Pasti ada hikmah knapa Allah benarkan poligami.. :D Apa yg nak di sampaikan disini bukan la sgt pasal poligami..tp pasal lelaki beriman.. Poligami tu bagi sedap cerita jer..

Sunday, October 3, 2010

Jadi Architect, terkenal, pastu?

Salam,
Tiba2 terasa ingin menulis kembali, meluahkan apa yg terbuku di kepala nih..Aku nak buat apa lepas jadi Architect nnti? aku sendiri tak paham apa yg aku kejar selama ni.. nak jadi architect yg mashur? bina umah cantik2, bangunan gaban,parametric, biomimicry sana sini...pastu? ok la..tmbh satu lagi, orang yg agak2 kaya kat atas muka bumi ni.. beli superbike, kereta audi q7 dgn sportrim 22..ok..pastu? hampeh..aku sendiri tak tau mana penghujung nya.. and aku tau tujuan aku idup kat muka bumi Allah ni pon, bukan semata2 utk jadi architect..yg bakal jadi hujah aku utk aku masuk syurga Allah.. n mungkin jgk architect ni salah satu makhluk yg bawak kerosakan besar dkt muka bumi ni..

Orang cakap, nak berjaya macam seseorang itu, tiru la orang itu.. cara belajar, apa yg die blajar..makan, minum.. senang cite, precedent analysis..hoho
Kalo kita nak jadi doktor berjaya, kna ikut cara doktor yg dah berjaya..
Kalo architect, ikut cara architect berjaya kan..Zaha design parametric, kita pon nak jgk..dia pakai concept gaban, kita pon nak pakai concept gaban.. haha

Kalo mu'min? nak ikut sapa? Pastilah para sahabat r.hum..sbb Nabi sendiri jamin dorang ahli syurga.. haaaa.... berjaya la dorang kan?kan?nak ikut ke tak mo?

hidupku..matiku...

Monday 6th Sept 2010

Aku taktau knapa makin hari aku rasa, kematian makin dekat dgn aku..Resah, bimbang takut2 tak bertemu Ramadhan akan datang..Aku masih belum bersedia utk pergi menghadap Allah, dgn solat yg tidak sempurna, amal seberat kapas yg mungkin terbang bila ditiup angin..Makin hari aku makin risau.. khabar fitnah2 dunia bakal muncul, tanda2 sudah jelas..antara sedar atau tidak,kita sudah hampir ke hujung dunia..hujung satu perjalanan yg merugikan, melainkan mereka yg sedar akan maksud hidup kat dunia ni.. Azim mengingatkan aku ttg keadaan dunia pada zaman Rasulullah SAW ketika peristiwa Isra Mi'raj, dunia ini ibarat seorang tua berbongkok 3..bongkok di zaman Rasulullah SAW..skrg? Wallahua'lam..pasti la lagi tua kan?

Bersedia atau tidak, aku pasti menghampiri kiamat, samada kecil(mati) atau besar(disaster bai)...

Pernah dengar orang cerita ttg beza antara Yakin dgn Percaya?

Seorang pemanah yg terkenal dgn ketepatan panahannya, live dpn mata kita, die panah epal atas kepala sifulan, siap tutup mata, dgn tepat dan jitu..Orang tepuk tangan pastu..kalo kawan tanya, percaya tak dia boleh panah dgn tepat, kita pasti jawab, Ya! Itulah Percaya..Yakin? yakin adalah kesediaan kita, apabila disuruh menggantikan sifulan tadi, maka epal akan diletakkan atas kepala kita, dan bakal di panah oleh pemanah tepat tadi..n tak ramai kot yang yakin..kalo ramai pon, tak semua..salah sket, bukan setakat kena rambut je boh..area2 bawah sket dari rambut..haaa..

Aku pasti ada satu kelompok manusia di luar sana, yg sedang membuat persiapan utk menghadapi Dajjal, musuh besar orang Islam akhir zaman..Dan bila tiba panggilan perang/jihad, mereka inilah yg aku rasakan paling bersedia sekali utk menjadi tentera2 Allah.. Bersedia meninggalkan keluarganya, dan keluarganya pon bersedia utk kehilangan mereka.. moga aku ditempatkan dikalangan mereka yg berjihad itu..InsyaAllah


Tuesday, September 15, 2009

bekerja...

time blaja, rasa mcm byk da menda kita tau...bile da kerja nih, rasa cam bodoh je..byk lagi menda aku tak tau sebenarnye..dlu design utk puaskan hati kita je..skrang nih, design utk puaskan hati bos, n client..payah gak la..design umah semi d pon da 4 kali tukar floor plan..dek kerana client jab jab tukar cita rasa..jeles gak member2 yang lain buat projek pelik2..tapi takpe la..enjoy gak sbnrnye design umah nih..cume tu ar, sekali skala nak gak merasa buat resort or hotel mcm troika ke...haha..

Friday, August 14, 2009

yang tersirat...

"sebenarnye, dorang( lecturer2) tak suke die ni sambung 4th yr.tp sbb pointer die elok, n die apply, lecturer takde sbb nak gugurkan nama die.. " kata2 ni la yg terngiang2 kat telinga aku smpi sekarang..

ape yang sampai kat telinga ni, mungkin betul, mungkin tidak.mungkin jgk direka2...tp kata2 ni buatkan aku sedar siapa aku sbnrnya di kala aku leka dgn angan2 diri sendiri...pendirian tak ttp mungkin..

"haq, ko benci aku tak haq?"
"lor, nape nak benci ko pulak..."
"takde la....mana la tau...aku ni patut ke utk di benci?"
"ah, ko ni..emo pulak.."

bergenang jgk la air mata aku time tu..tp laki kot, takde la nak nangis..thanks haq sudi dgr cite aku..

Thnks to all lecturers yang byk mengajar aku dr tak tahu pape, smpi la tahu byk menda..to arwah dr Shukri. Al-fatihah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...