Pages

Friday, December 17, 2010

Kisah Akhir kalam

Kes 1
Seorang pakcik tua,mungkin masa hayat dia 24jam tgk tv3.. masa malaikat nak cabut nyawa, akhir kalam dia "TV3,TV3,TV3!!" kiok..nauzubillah



Kes 2
Abang Askar, kena periuk api..Sbb nyawa2 ikan, sahabat dia pangku dia, ajar dia mengucap..Malangnya, akhir kalam dia, "Duit gaji bulan ni, ko amik duit tu, beli peti sejuk utk bini aku"..pastu kiok..nauzubillah

Kes 3
Seorang budak kecik, hari2 tolong ayah dia kat pasar..Satu hari, dia kena langgar dek lori..akhir kalam dia," Sekilo 5 ringgit, sekilo 5 ringgit", kiok..nauzubillah..



Ada seorang penjaga hospital memberitakan dalam 10 orang yg sakaratul maut di hospital..hanya sorang je yang sebut 'Allah' di akhir kalam mereka..yang lain?mcm2..

Ada hadith Nabi SAW yang barang siapa akhir kalam dia sebut "Lailahaillallah", wajib syurga utk dia..
p/s : Semoga sama-sama ambil iktibar..InsyaAllah

"Muslim has come" to Australia

CERAMAH penerangan (bayan) iman dan amal oleh seorang pendakwah dari Australia di Masjid Sri Petaling pada 4 Muharam 1429 selepas solat Maghrib. Selepas memuji Allah dan berselawat kepada Nabi SAW dan membaca 2 potong ayat al Quran, penceramah berkata:
1. Allah SWT telah pilih kita untuk lahir sebagai orang Islam. Sebelum kita lahir ke dunia, kita tak pernah diberi pilihan untuk jadi muslim atau kafir. Semata-mata dengan sifat rahim Allah telah jadikan kita seorang muslim. Jadi kita kena syukur atas nikmat ini.
2. Allah telah hantar kita sebagai umat Muhammad SAW dengan satu maksud yang sangat besar iaitu sebagaimana maksud semua Nabi telah dihantar.
3. Allah telah jadikan manusia mempunyai jasad dan roh. Perkara paling berharga bagi manusia (supaya jasad dan roh ini dapat dimanfaatkan) adalah masa.. Seorang yang kematian isteri, boleh cari isteri yang lain. Seorang yang kematian anak, boleh dapat anak yang lain. Seorang
yang rumahnya terbakar, boleh cari rumah yang lain. Seorang yang perniagaannya bankrap, boleh bina perniagaan yng lain. Tetapi seorang yang telah berlalu masanya, masa itu tak dapat diganti semula. Masa yang berlalu akan terus pergi buat selama-lamanya.
4. Allah begitu kasih kepada orang-orang beriman sehingga menjadikan sekecil-kecil perkara sebagai sebab penghapus dosa. Sehingga tercucuk duri pun Allah akan hapuskan dosa dari buku catatan. Diceritakan kisah seorang raja kafir yang zalim ketika hendak mati berhajat untuk makan
sejenis makanan yang sukar didapati. Allah telah perintah malaikat untuk dapatkan makanan itu untuk raja tersebut. Selepas makan, raja itu telah mati. Dalam kisah yang lain pula seorang alim yang warak ketika hendak mati telah meminta sedikit air. Apabila orang datang membawa air, Allah telah perintah kepada malaikat untuk tepis cawan sehingga air tertumpah dan orang warak itu mati tanpa dapat minum air. Kedua-dua malaikat telah datang mengadap Allah dan mengadukan hal tersebut. Allah berfirman kepada kedua malaikat tersebut bahawa ketika hidup, raja yang zalim tersebut dia telah buat satu kebaikan dan Allah hendak mambalas kebaikan tersebut di dunia dan azab yang kekal menantinya di akhirat kerana kekafirannya. Manakala orang warak tersebut telah berbuat satu dosa ketika hidup dan Allah hendak menghapuskan dosa tersebut ketika di dunia dan memberikan keselamatan kepadanya di akhirat.
5. Di akhirat nanti, orang yang dalam hatinya ada iman walau sebesar zarah akan dikeluarkan juga akhirnya dari neraka. Manakala orang kafir akan kekal di dalamnya. 

6. Dakwah dan iman adalah dua perkara yang berkaitan. Adanya dakwah maka adalah iman. Jika dakwah tiada, maka iman akan keluar dari hati-hati manusia. Nabi Nuh as telah buat usaha dakwah selama 950 tahun siang dan malam. Kemudian baginda telah doa supaya jangan ditinggalkan di atas dunia ini walaupun satu orang kafir. Maka Allah
telah hantar banjir yang besar dan menenggelamkan semua orang kafir. Yang terselamat hanyalah nabi Nuh as dan orang-orang yang beriman. Selepas kewafatan nabi Nuh as, dakwah telah terhenti. Dari keturunan orang yang beriman tadi akhirnya telah kembali kufur kepada Allah.
7. Pada kurun ke 18, orang British telah menakluki Australia dan mendapati ada 3 buah gurun yang besar di sana. Untuk menyelesaikan masalah pengangkutan mereka telah membawa 120 ekor unta untuk digunakan mengangkut barang-barang di padang pasir. Oleh kerana mereka tidak tahu mengendalikan unta maka mereka telah membawa ramai orang-orang Islam dari benua India yang kebanyakannya
berketurunan Afghanistan. Di kalangan pekerja-pekerja ini terdapat sejumlah bilangan dari golongan ulama. Ulama- ulama ini telah membina 60 masjid dan 3 daripadanya yang berusia lebih 100 tahun masih bertahan sehingga kini. Malangnya bila usaha dakwah ditinggalkan, keturunan dari mereka ini tidak kenal Islam walaupun nama-nama mereka seperti nama-nama Islam.
8. Pada suatu masa jemaah yang bergerak telah dibawa untuk jumpa 3 wanita tua dari keturunan pekerja-pekerja tersebut, yang masing-masing berumur lebih 85 tahun. Ternyata mereka tak tahu apa-apa mengenai amalan Islam kecuali kalimah Laailaha illallah, Muhammadur rasulullah. Bila mereka nampak jemaah memegang tasbih di tangan, mereka mengatakan bapa-bapa mereka dahulu memegang tasbih seperti kamu. Jemaah telah menghadiahkan kepada mereka tasbih tersebut dan mereka rasa sungguh gembira.
9. Laporan satu jemaah lagi yang buat usaha di Thursday Island. Di sana, 90% penduduknya adalah dari keturunan Islam. Tetapi amalan Islam telah lenyap dari diri mereka. Jemaah telah dibawa berjumpa seorang lagi wanita tua berusia lebih 80 tahun. Bila wanita tua ini terlihat saja kepada jemaah (yang dalam keadaan berjanggut, berjubah, berserban), maka dia telah menjerit dengan mengatakan, ‘Muslim has come, muslim has come.’ Dia telah keluarkan satu beg dari bawah katil dan tunjuk kepada jemaah peninggalan arwah bapanya berupa sejadah dan beberapa kitab selawat. Perempuan tua itu bercerita semasa umurnya 10 tahun, bapanya telah meninggal dunia. Sebelum itu dia sempat berwasiat, ‘You don’t be worry. Muslim will come and take care of you because muslim are always taking care of each other.’Perempuan tua itu menambah, ‘And I have been waiting for you (muslim) for 70 years.’(*Pembayan telah sebak dan menangis. Juga, kami yang dengar bayan).
10. Pembayan memberi laporan bahawa beliau telah berpindah ke Australia dari Tanah Arab pada tahun 1968. Walaupun ada 80 ribu orang Islam di Melbourne tetapi hanya ada 1 masjid sahaja. Itupun dibuka 2 kali setahun untuk solat hari raya. Solat Jumaat hanya dibuat oleh 3-4 orang disebuah surau yang lain. Beliau ada mendengar laporan bahawa jemaah pertama dihantar ke Australia adalah pada tahun 1962. Jemaah ini hanya mampu menangis dan berdoa apabila melihat keadaan agama pada umat.
11. Jemaah seterusnya dihantar pada tahun 1973. Jemaah ni balik dan beri laporan kepada Hadraji bahawa orang Islam di Australia sudah tiada harapan. Hadraji tak berputus asa dan menghantar jemaah lagi pada tahun 1974 & 1975. Pada tahun 1975 ini, 3 orang tempatan (termasuk abang pembayan) telah sedia untuk menghidupkan amalan ziarah pintu ke pintu untuk bertemu dengan orang-orang Islam.
Beberapa lama amalan ini berterusan, mereka telah bermesyuarat dan memutuskan untuk meminta kunci masjid. Kunci masjid telah diberi kepada mereka dengan senang hati dan semenjak itu masjid tersebut tidak pernah ditutup lagi sehingga ke hari ini.
12. Amal-amal masjid telah dihidupkan. Jemaah-jemaah telahdikeluarkan dan usaha telah berkembang. Alhamdulillah sekarang telah ada lebih 80 masjid dan surau di Melbourne. Madrasah-madrasah telah wujud. Anak- anak yang dulunya belajar di madrasah sekarang telah mengajar pula. Pembayan berkata dengan matanya sendiri dia dapat melihat apabila dakwah ditinggalkan, dari keturunan ulama akan lahir orang-orang kufar. Apabila dakwah dijalankan, dari keturunan kufar, lahirnya ulama.
13. Kerja ini bukanlah kerja main-main. Bukan kerja yang dibuat kalau suka, dan ditinggal kalau malas. Ini adalah kerja tanggungjawab kita sebagai umat Nabi SAW walaupun kita bukan Nabi. Ini adalah perintah Allah kepada kita.
14. Bila kita buat kerja ini, Allah pasti akan beri hidayat kepada manusia. Seluruh manusia sekarang sedang menanti-nanti kedatangan kita sebagai orang Islam kepada mereka (seperti kisah orang tua tadi).
15. Tashkil …
# Semasa tashkil pembayan menambah, jika seorang bapa menyuruh anaknya yang kecil terjun dari sebuah tempat tinggi dan dia akan menyambutnya; maka jika anaknya terjun, bapanya akan segera menyambut dan memeluk anaknya dengan kasih sayang dan tak akan biarkan anaknya jatuh ke bawah. Allah lebih-lebih lagi kasih kepada hambanya dan suruh kita terjun dalam usaha dakwah. Sekali-kali Allah
tak akan biarkan kita jatuh dan mendapat kesusahan. Pasti Allah akan menyambut dan memeluk kita dengan rahmatnya.

*Nota diambil secara short-note semasa bayan (ceramah). Sila beritahu jika ada kesilapan.Dipetik darihttp://azharjaafar313.blogspot.com/

Saturday, November 6, 2010

Muzik itu makhluk..

"Habis semua menda makhluk ko ni.." hati Hakim berbicara lagi..
"Semua makhluk melainkan  Allah..heeeee" hati dia jawab balik..

Lars (Metallica).. pernah mengkagumi beliau satu ketika dlu..skarang pon ada curi2 jgk sket2..hehe


Dan kemahiran bermain muzik utk berhibur adalah satu kemahiran terakhir sesebuah peradapan..apabila manusia sudah senang lenang, takde kerja.. (fikir-fikir balik, sama lah macam main DOTA..oh!)

Muzik dan kita

Thursday, November 4, 2010

Video Klip Salman Al-Jugjawy, song title : selamatkan

Jangan pandang pada penyanyi, dia tidaklah sehensem penyanyi2 masa kini.. Jangan pandang suara beliau, suara dia taklah sesedap mereka yang boleh menang anugerah.. Pandanglah pada mesej yang beliau sampaikan..moga kita sama2 ambil iktibar.. InsyaAllah





Selamatkan
Ketika alam telah kehilangan kekuatannya
Untuk melindungi kita
Kini ragam bencana melanda

Berjuta jiwa bergelimpangan di bumi tercinta
Ada tangisan dan juga jeritan
Kini bangsaku telah berduka

*Janganlah menyalahkan ketentuan-Nya
Namun ambilah hikmahnya
Tuk (untuk) sujud pada Nya

Demi kasih sayang Mu
Oo tuhanku selamatkan lah Indonesia (dan Malaysia..oh!)
Dari semua bencana yang terjadi 

Demi kasih sayang Mu
Oo Ya Allah kami memohon
Kurniai kami kemampuan
Tuk (untuk) bangkit lagi menuju 
keridhoan-Mu

(ulang chorus*)

lirik dicurik dari blog ziarah76 tanpa pengetahuan beliau..hehehe abg Z76, jgn marah aaa..

Wednesday, November 3, 2010

Asbab ikram

Hakim tgh duduk2 kat meja study dia..sama ada duk melukis, tak pon main game kat laptop dia..tu la kerja dia petang2.. nak follow member2 main basketball, dia tak berapa minat. Ada member layan je tido petang..tp dia tak suka..sbb die pening kalo tido lepas asar nih.. kadang2 dia join jgk member2 main ragbi petang2 dkt padang.. tp petang tu, dia rasa malas pulak nak turun kot..

"Assalamualaikum," tuk tuk tuk, pintu bilik kena ketuk pulak.. aish, masuk jela..bukan ada pompuan pon kat sini..pintu tu pon mmg biasa tak kunci..orang ada ke, takde ke, takde sapa peduli..

"Waalaikumussalam " jawab Hakim sambil buka pintu. Hah, ramai pulak makhluk berkopiah kat luar ni..ape kes,tertanya pulak Hakim dlm hati..

"Nama saya Faiz...bla bla bla..lepas maghrib nnti ada majlis kat musolla ABC, jemput la datang.." tak panjang sangat dorang ckp..tu yang buat Hakim tertanya2, semangat betul dorang ni, sampai iklan bilik ke bilik..

Malam tu, ada sorang Ustaz Mahallah Abu Bakar College bagi ceramah.. cakap pasal cemana nak jadi student cemerlang..bla bla bla.. Mamat2 yang Hakim jumpa kat bilik tadi pon ada..kusyuk jer dorang layan ceramah ni.. Hakim layan je.. sambil tu belek2 henphone die yang flip2 keluaran sony ericson kaler biru.. ayah dia bagi katanya..

Selesai sembahyang Isyak, rupanya2 ada makanan..byk jgk la makanan terisi dalam polysterine kat satu sudut musolla tu..Hakim rilek je dlu..sbb dia pon blur,muka2 yang dia tengok, ramai dia tak kenal..dia pergi kat brader yang die jumpa kat bilik tadi.. " Makanan2 tu, saya boleh amik tak?" Hakim tanya...biasalah..majlis,kalo takde makan, tak sempurna la majlis tu.. makan satu2nya cara nak tarik orang..yang tadi takde masa ceramah, tiba2 ada..jadi ramai pulak time tu.."Mungkin aku tak perasan kot tadi.." fikir Hakim

"Makanan tu utk anak2 buah Ustaz tu..Malam ni zone(Setiap kolej/mahallah ada zone) dorang ada program..so, kita join jer program dorang.. tapi takpe,makan la dgn kitorang pon boleh.." Brader2 tadi dan geng2 dia kerumun ramai2 dekat beberapa dulang yang berisi nasi goreng.. dorang pon ada makanan dorang sendiri rupanya..wah! Hakim pon layan je..takde la lapar sangat perut tu..tapi bila orang pelawa, jarang Hakim menolak..
"Wah, duduk pon ada style..!" jerit Hakim dalam hati bila tgk brader2 ni duduk.. Hakim belasah duduk bersila jer.. dia tak banyak makan sangat, sebab muka2 situ dia tak kenal pon..ada sorang je yang die agak2 kenal, abang Anuar, bilik sebelah..itu la kali pertama Hakim merasa makan dalam dulang..

bukan gambar sebenar...sekadar hiasan..

 "mungkin senang nak basuh kot, tak payah banyak2 pinggan..kalo polystyrene pulak, membazir." Hakim buat theory2 bangang dia lagi.. dia banyak memerhati je masa tu.. ada benda yang menarik minat Hakim utk kenal geng2 brader ni lebih dkt..cara duduk, makan, cakap, bergurau, dsbnya.. Lepas  makan, ada mesyuarat la pulak..Hakim tak sampai hati nak blah gitu je..dia duduk join je mesyuarat dorang dengan perasaan senonong dan tak tahu ape kebenda.. Time mesyuarat ni la Hakim kenalkan diri pada geng2 brader tadi.. rupa2nya, setiap minggu dorang ada majlis camni.. Majlis fikir iman dan amal dorang ckp.."Apa menda ntah nak kena fikir2 pasal iman dan amal..iman kan dah ada, semayang pon aku buat jgk..nak fikir apa lagi.."bisik Hakim dalam hati masa tu.. tapi asbab ikram or memuliakan tetamu brader2 ni, Hakim dah terjerumus dalam satu kegiatan, yang memaksa dia bermuka tebal, gi bilik orang lepas maghrib cerita pasal kehebatan Allah, kepentingan usaha utk iman dan amal dia, ikut Sunnah Nabi saw..ikutkan hati dia masa tu, macam2 menda lagi dia boleh buat daripada dok ziarah orang cerita pasal agama..borak ngan member pasal game lagi mudah dari nak cerita tentang akhirat nih(masa ni blum kenal dota)..sebab tu la,kalo dia rajin (Hakikatnya, pilihan Allah), dia pergi..kalo tak,dia lepak bilik je..lagi banyak yang die malas kot.. sok2 lusa, ada la brader2 yang dtg ziarah.. oh!

Point cerita diatas, ikram muslimin penting dalam usaha da'wah (salah satu sifat sahabat r.hum).. Dengan pelawa makan sama2 pon, hati manusia seperti Hakim boleh terkesan walau tidak sesiapa pon yg da'wah atau 'tasykil' dia.. Allah bagi hidayah dgn asbab yang pelbagai.. sama2 azam utk jd asbab hidayah Allah pada orang lain.. doakan si Hakim..

Wednesday, October 20, 2010

Dalam sunnah ada kejayaan..walaupon bab toilet..oh!

haish..hilang pulak menda2 yang aku tulis atas ni smlm..dek kerana nak paste link yg baru aku jumpa pasal adab toilet..takpe la..

Intipati yg aku ingat
1. Pengenalan aku budak archi..
2. Design space  yg tak penting ,toilet, tapi penting sebab keperluan harian.
3. Sunnah Nabi Saw dalam toilet. Kita Architect yang ada iman, perlu design supaya semua orang dapat amal  Sunnah samada mereka sedar atau tidak. Mungkin Allah bagi saham kat akhirat, sebab niat kita tu..
4. Dalam sunnah, ada kejayaan/ kebaikan/manfaat dsbnya..



link ni pulak mungkin membantu aku dan korang..tak pon join muzakarah adab kat masjid korang..

Baru sebentar tadi, tgk satu rancangan kat tv Australia ni.. Dorang demo cara duduk utk tandas duduk..Rupa-rupanya, dorang baru dapat penemuan yang position duduk tidak sesuai utk be* sebab mengganggu kelancaran pembuangan.(Korang research la sendiri). Oleh kerana dorang tidak mempunyai tandas cangkung kat negara ini, dorang cadangkan letak apa2 bahan utk tinggikan kedudukan kaki, atau jengketkan kaki supaya time be* position seakan-akan cangkung(squatting)..Yang sedihnya, oleh kerana kita umat Islam kurang mengkaji, dan terima bulat2 apa yg orang Barat bagi, kita pon terima bulat2 design WC duduk, and ketepikan Sunnah Nabi Saw yang galakkan kita cangkung time be*. Maka rugilah orang2 yang menggunakan tandas2 duduk yang ada sekarang, atas sebab diri kita (designer) yang jahil takmau mengkaji, lagi-lagi tak yakin dengan Sunnah Nabi Saw. Aku pernah tengok sorang pakcik Cina kat Ikea KL, dalam tandas, die pilih2 cubical yg ada kat situ, and aku perasan dia pilih yang cangkung daripada yg duduk..Kesimpulan aku, mungkin die pon tahu kot tu Sunnah Nabi Saw .. takpon, paling koman, dia tahu kebaikan tandas cangkung..(habis satu part)..

Nanti la..part2 pulak..
p/s : komen2 la sket..kot2 pemikiran ni boleh bercambah.. Semoga Allah bagi hidayah kat kita utk amal Sunnah...

Monday, October 18, 2010

Masa itu makhluk..

Salam pembaca semua..

Belajar Architecture ni, agak mencabar la bagi saya (mungkin tidak pada orang lain).. Salah satu daripadanya, subjek theory yg agak2 boleh pecah kepala otak.. Nak kaitan segala benda dengan Architecture. So, saya pilih la satu tajuk, "Games" memandangkan saya suka bermain game.. Dan bila kaji kaji, Game ni ada kaitan dgn Time and Space..So, kaji jugak bab tu.. sampai la masuk theory Einstein..

Google je pasal theory ni, bersepah2 ada maklumat pasal theory of relativity ni..Ada yg sokong, ada yg bangkang.. Ada yg ckp, space tiada, maka masa pon tiada..Bermula dgn fenomena big bang, masa bermula dari situ.. <----Sesetengah theorist cakap camtu..


Tapi saya di sini bukanlah nak membincangkan tentang itu..Cuma bila membaca serba sedikit theory2 dorang ni, apa yg saya nampak ialah, Masa itu Makhluk, dan Allah ialah Tuhan yg mencipta dan berkuasa atas makhluk Nya, Masa. Dengan adanya masa, kita dapat tentukan awal akhir, sebelum, selepas, semasa, sebagainya.. dan dengan akal yg singkat ni juga, dulu, saya selalu berfikir akan 'saat' kewujudan Allah (taktau la kalau ada di luar sana berfikir sama seperti saya), dan saya akan cepat2 alihkan pemikiran saya, sebab saya tahu, perkara ini diluar kemampuan akal saya. Biasa yg saya dengar, "Allah itu wujud..tiada awal, dan akhir"titik! Sekarang, Alhamdulillah, Allah bagi kefahaman, yg Masa itu juga makhluk..dan masa tidak memberi kesan ke atas Tuhan pencipta masa = bahawa Allah, tiada awal akhir,sebelum,selepas... Dan Allah berkuasa utk mengubah masa, makhluk ciptaan Nya mengikut kehendak Nya. Allah boleh panjangkan masa seseorang, pendekkan. Satu jam yg panjang, tak sama dengan satu jam yg pendek, kan?

Saya menulis ini, berdasarkan pemikiran saya yg cetek, dan saya harap ia tidak bertentangan dengan agama. Jika salah cara saya berfikir, harap diperbetulkan..

"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian - kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pulak berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar."
 (Surah Al -Asr)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...