Pages

Saturday, June 4, 2011

Karkuzari (Laporan) : Pengajian di Madinatul Munawwarah, Arab Saudi

Karguzari email rakan seusaha, Miftah Abdurrazaq yang mengikuti pengajian di Madinah. Karguzari dihebahkan oleh saudara Galih Hermawan, rakan kepada ustaz Miftah melalui group tertutup di facebook, Madrasah Da'wah dan Islam/ Usaha Da'wah. Email ini diterima pada bulan Oktober, 2010.


Wujud berbagai-bagai pandangan negatif terhadap usaha dakwah & tabligh khususnyasebahagian daripada saudara seIslam kita yang bermanhaj Salafi yang masih tidak memahami hakikat daripada usaha dakwah ini. Dengan menghargai usaha mulia mereka 'kembali kepada Al-Quran dan Sunnah Rasul mengikut kefahaman salafus soleh', maka penulisan sebegini sedikit sebanyak memberikan pandangan yang berimbang. Namun, ini hanyalah pandangan dan pengamatan penulis emel. Juga tidak menafikan adanya rakan seusaha yang bermanhaj salafi, malahan berstatus alim ulama dan ustaz-ustaz yang sepatutnya dimuliakan. Penulis blog sendiri mengambil manfaat ilmu dan penulisan ilmiah daripada saudara-saudara kita yang bermanhaj salafi.


Atas sebab-sebab tertentu, beberapa perenggan daipada emel tidak disertakan. Saudara Galih Hermawan menyatakan;


Assalamu'alaikum,

Mudah-mudahan kita semua senantiasa berada dalam ketaatan kepada Allah SWT. dan Rasul-Nya. Amiin.

Beberapa teman-teman dari Dago (Bandung) mungkin sudah mengetahui informasi dari ustadz Miftah yang baru saja pulang dari studi di Madinatul Munawwarah, Arab Saudi.



Laporan singkatnya:


Alhamdulillaah, saudara-saudara kita pekerja da'wah hampir semuanya belajar massa'il pada ulama-ulama salafy tersebut bertujuan untuk mengambil ilmu dan ikram pada ulama-ulama tersebut, walaupun ada beberapa yang belum senang terhadap "jamaah tabligh".

Bahkan ulama salafy tersebut semakin hari semakin heran, kok majelis ilmunya lebih banyak didatangi orang-orang tabligh ini. (biasanya kan terkenal tidak berilmu, jahil, menjauhi ulama dan lain-lain).

Bahkan tidak sedikit santri "tabligh" yang berprestasi ketika belajar pada ulama tersebut, mendapat rata-rata nilai 100 pada setiap ujiannya.

Santri ini akhirnya sangat dikagumi oleh ulama salafy tersebut, bahkan dipuji-puji di depan majelisnya.

Alhamdulillah, di Arab Saudi sendiri, sudah hampir 80% ulama yang mendukung terhadap usaha da'wah dan tabligh ini, beberapa ulama yang belum mendukung disebabkan masih salah pengertian terhadap usaha da'wah ini, sering memperoleh informasi yang tidak sesuai dari orang-orang awam di sekitarnya, seperti; orang tabligh itu menyembah kubur, aqidah sesat, dan lain-lain.

Bahkan beberapa santri salafy lain diajak ke markaz da'wah di Madinah, dilibatkan dalam musyawarah harian, diajak silaturrahim, mereka semangat sekali. (Mereka tidak tahu kalau itu adalah markaz da'wah, jika tahu mungkin tidak mau masuk atau hadir.)

Namun Alhamdulillah, dengan tidak membawa bendera "Jamaah Tabligh", mereka langsung dilibatkan dalam usaha da'wah, mereka sangat senang sekali.

Salah satu santri pentolan (terkemuka) salafy dari Jogja berkata, "Di Jogja, markaz tabligh terletak di depan pesantren tempat saya berada, dan saya termasuk orang yang paling menentang tabligh, tapi sekarang kok saya jadi ikutan da'wah & tabligh!"

Bahkan 'alim ulama rujukan salfiyyin seperti Syeikh Utsaimin rahimahullaah, Syeikh Abu Bakar Al Jazairi pun mendukung santri-santri dan masyarakat umum untuk menyertai jama'ah ini, bukan untuk menjauhinya. Di televisi-televisi Saudi pun sudah ramai dikabarkan.

Namun sayang, di Indonesia ini, apalagi di Internet, beberapa orang saudara kita salafiyyin masih belum Allah beri kefahaman, sehingga sampai saat ini masih mengambil pendapat-pendapat lama yang tidak berkenan terhadap usaha da'wah & tabligh.

Saya sempat posting informasi ini di salah satu situs salafy, tapi mereka tidak mau menuliskannya, padahal tulisan saya ini tidak mengandung cacian pada mereka, Allahu A'lam.

Kayaknya tidak lama lagi markaz da'wah akan kembali ke asalnya zaman dulu (Madinatul Munawwarah).

Ya Allah istiqomahkan kami dalam da'wah Rasulullaah SAW. ini, dan terima lah diri dan usaha kami ini.

Saya sendiri sadar, kesibukan saya di luar da'wah masih lebih banyak ketimbang dalam da'wah ini, mudah-mudahan Allah mengampuni saya, memberikan saya kemampuan untuk meluangkan harta, diri, dan waktu di jalan Allah, lebih banyak, lebih lama, lebih iklash, dan lebih sempurna lagi. Amiin.

That's All.

Wassalamu'alaikum.



Pautan:

1) Ebook Jilaul Adzhan (Menyingkap Tabir Kesalahfahaman terhadap Jamaah Tabligh), Mukaddimah dan Bahagian Pertama: Syaikh Abu Bakar Jabir Al-Jazairy - 4shared

2) Ebook Melepas Kedok Jamaah Tabligh susunan Abu Muhammad Fahim - 4shared

3) Video-video berkaitan. - Youtube



Beberapa karguzari:

Mac 2011, Ustad Hasyim, alim Sragen menjadi amir jemaah student dan keluar 3 hari di mohalla. Beliau merupakan jemaah muzakir/ zakirin di jord/ijtima Indonesia yang akan diadakan beberapa bulan lagi. Dia mengatakan, Syeikh As Sudais bersama masyaikh-masyaikh ulama dari Arab Saudi akan menghadiri ijtima/jord Indonesia. Sejauhmana kebenarannya, wallahu a'lam. Baru-baru ini, Syeikh As-Sudais menziarahi Darul Uloom Deoband dan InsyaAllah pada 24hb April 2011, Syeikh As Sudais membuat pengisian ceramah perdana di seminar Berpegang Pada Al-Quran dan Sunnah yang diadakan di Hotel Royal Chulan, Jalan Conlay. Aturcara majlis dihebahkan oleh rakan salafi.
 
Karguzari jemaah tempatan yang baru balik dari IPB dan sempat menghadiri ijtima Tongi, rakan seusaha mengatakan anggaran 80% jemaah foreign yang menghadiri ijtima adalah daripada negara-negara Arab. Usaha makin meningkat dan maju di dua negara ini, Yaman dan UAE.

Karguzari daripada pelajar Madrasah Darul Mustapha di Hadramaut,  As Syaikh Habib 'Umar Hafiz pernah khuruj 40 hari semasa pertama kali belajar di Baidho', Yaman Utara dan menghadiri ijtima di Pakistan. Bahkan ayahnya, As Syaikh Habib Muhammad bin Salim bin Hafidz berpandangan baik terhadap usaha dakwah ini. Di madrasah, pelajar juga meluangkan waktu untuk keluar khuruj di jalan Allah, malahan kerja maqomi dan intiqoli akan dilaporkan kepada As Syaikh Habib 'Umar Hafiz.

Rakan seusaha di fb memberi karguzari bahawa jemaah daripada Yaman memberi bayan maghrib di malam sabguzari markaz Penanti. Jemaah ini merupakan salah satu daripada 250 jemaah 4 bulan yang telah dibentuk di Ijtima Yaman.


Sama ada menisbatkan diri sebagai 'karkun', salafi, parti atau pertubuhan Islam di kehidupan dunia yang singkat ini, yang akhirnya juga pasti akan ditanya iman dan amal selepas mati. Berkata 'saya orang Islam yang biasa', mungkin ini jauh lebih baik.



Wallahu a'lam.

Copy paste dari : BLOG KARKUZARI DAKWAH IMAN

Politik vs Syura (satu pendapat)

Di akhir-akhir ini timbul sesetengah golongan mencela Jemaah Tabligh kerana di dalam Jemaah Tabligh tidak ada Politik. “Tabligh ini bagus tetapi mereka tidak melibatkan diri di dalam politik”, “Tabligh ni sesat kerana tidak ada politik.” Kata-kata seperti ini memang sering kedengaran di masjid, surau juga di dalam blog dan websites berlebih lagi ketika musim pilihanraya. 
Apakah Jemaah Tabligh menolak politik. 
Kalau politik dimaksudkan kepada mentadbir dengan kaedah Sistem Syura yang didasarkan kepada Sunnah, maka rasanya tidak ada satu pun ‘karkun’ (Pengikut Tabligh) yang menolaknya. Tapi kalau politik itu dimaksudkan kepada Sistem Demokrasi Kepartian, maka mungkin sebahagian yang setuju dan sebahagian yang menolaknya. Sebenarnya jika kita perhatikan dengan teliti, Jemaah Tabligh ini adalah satu usaha yang berjalan bukan dengan kuasa, harta, pangkat, kedudukan wang ringgit maupun sokongan majoriti tetapi satu usaha yang berjalan di atas ‘amalan’ yang mana usaha untuk mengajak semua umat untuk beramal. 
Sebagaimana di dalam solat berjemaah semua jenis orang akan ikut serta. Ada orang cacat, ada yang sihat, ada yang hitam ada yang putih, ada alim, ada jahil, ada yang kaya ada yang miskin. 
Maknanya semua gulungan terlibat di dalam solat berjemaah tersebut. Tidak pula solat jemaah tu khusus untuk golongan cacat sahaja, khusus untuk orang kaya sahaja, khusus untuk orang alim sahaja. 
Bila dinamakan 'amalan' maka semuanya terlibat. 
Maka jika sekiranya Jemaah Tabligh ini menjadi badan politik atau parti politik maka sudah tentunya sukar untuk mengumpulkan semua gulongan. Oleh kerana ianya adalah ‘amalan’, maka mudah untuk mengumpul seperti juga amalan haji, yang para jemaah berkumpul di Dataran Arafah.. Jika kita lihat pada parti-parti politik, sesama parti pun bergadoh dan bergolak. Sebab tu dalam Jemaah Tabligh ini tidak ada yuran bulanan, tahunan, perlembagaan, manifesto dan sebagainya. Yang ada hanyalah Usul Dakwah, dan usul dakwah ini adalah hampir sama dipraktikkan di seluruh dunia. Unsul dakwah ini boleh lah diumpamakan seperti ‘kaifiat’ di dalam sesuatu amal.
Selain itu di dalam Jemaah Tabligh mengikut hairaki Sistem Syura. Ianya bermula dari Markaz Utama sehinggalah kepada negara, negeri, kawasan dan sampai kepada marhalah dengan satu kepimpinan tampa berdasarkan semapadan negara atau negeri. Cuma ianya di dalam pentadbiran urusan dakwah bukannya pentadbiran urusan negara. Hanya itu sahaja bezanya.
Selain itu kita dapati bahawa ulama tidak sepakat di dalam mewajibkan penyertaan individu Islam di dalam Sistem Demokrasi Kepartian sebagaimana yang ada di hari ini.. Malah ada ulama mengharamkan Sistem Demokrasi Kepartian ini. Kata mereka Sistem Demokrasi Kepartian yang diamalkan sekarang ini bertentangan dengan Sistem Syura yang ada di dalam Islam. Beberapa ulama terkenal yang menolak sistem ini 
antaranya Syeikh Fathi Yakan sebagaimana di dalam kitab beliau “ Musykilatud Dakwah Wad Dai’yah” halaman : 132 -135. 
Juga Syeikh Abu Urwah Al-Lubnani melalui kitab beliau “Al-Abjadiyyat” halaman 101 
-103 pada tajuk “Al Mabdaiyah Wal Marhaliyyah Fil A’malil Islami”. Selain itu Syeikh Abul Hassan Ali Nadwi Al Hassani pula menyatakan perkara yang sama di dalam beberapa kitab beliau antaranya “Ilal Islami Min Jadid” halaman 107 dan 161. Beliau ini juga 
menyatakan Kerajaan Islam (Politik Islam) bukan impian, bukan matlamat dan juga bukan perbualan harian Nabi saw dan Para Sahabat rahum. Perkara yang sama juga dipertegaskan oleh Mufti Washi Mazhar Pakistan di dalam kitab beliau “Al Baas Al Islami” Bil 1 Jld.34 cetakan Lakhnow, India. Beliau menjelaskan secara terperinci ta’rifan politik itu sendiri berdasarkan Sunnah. Beliau juga menyatakan mengundi dan pilihanraya adalah haram. Malah ada sesetengah ulama membezakan antara Syura dan Demokrasi Kepartian seperti berikut:


Perbezaan Antara Syura dan Demokrasi Kepartian.



Sebagian orang menganggap bahwa demokrasi adalah wujud praktik Sistem Syura dalam Islam. Ini adalah anggapan yang salah, perbezaan antara keduanya bagaikan timur dan barat. Di antara perbezaannya adalah:



1. Sistem Syura berasal dari Allah dan selalu berlandaskan di atas syariat sedangkan Sistem Demokrasi Kepartian berlandaskan sokongan majoriti walaupun juga disokong oleh orang-orang fasiq bahkan kafir.



2. Sistem Syura dilakukan pada perkara yang belum jelas ketentuannya dalam syariat, dan jika ada ketentuan syariat maka itulah yang ditetapkan. Adapun dalam Sistem Demokrasi Kepartian perkara yang sudah jelas dalam syariat pun dapat diubah jika suara majoritinya menghendakinya berbuat demikian, sehingga dapat menghalalkan yang haram dan sebaliknya.



3. Anggota Majelis Syura adalah kebanyakannya adalah para ulama dan yang memiliki sifat-sifat tertentu. Sedang Anggota Dewan Parlimen / Negeri dalam Sistem Demokrasi Kepartian tidak ada cirri-ciri berkenaan. Ada yang berilmu agama, ada yang jahil, ada yang bijak ada yang tidak, ada yang menginginkan kebaikan rakyat, dan ada yang 

mementingkan diri sendiri, mereka inilah yang menentukan semua perancangan samaada dalam sudut agama atau pun dunia.



4. Dalam Sistem Syura, kebenaran tidak ditentukan dengan majoriti tapi dengan 

kesesuaian terhadap sumber hukum syariat. Sedangkan dalam Sistem Demokrasi Kepartian, kebenaran adalah suara majoriti walaupun menentang syariat Allah yang jelas.



5. Sistem Syura adalah salah satu ciri-ciri keimanan, karena dengan Sistem Syura kita mengamalkan ajaran Islam. Sedangkan Sistem Demokrasi Kepartian adalah wujud kekufuran kepada Allah, karena jika majoriti memutuskan perkara kekufuran maka itulah keputusan yang perlu diikuti dan dituruti semua.



6. Sistem Syura menghargai para ulama, sedangkan Sistem Demokrasi Kepartian menghargai orang-orang kafir.



7. Sistem Syura membezakan antara orang yang shalih dan yang jahat, sedangkan 

demokrasi menyamakan antara keduanya.



8. Sistem Syura bukan merupakan kewajiban di setiap masa, bahkan hukumnya berbeza bersesuaian dengan keadaan. Sebaliknya Sistem Demokrasi Kepartian merupakan sesuatu yang diwajibkan oleh Barat kepada pengamalnya dengan kewajipan yang melebihi kewajipan shalat lima waktu dan tidak mungkin keluar darinya.



9. Sistem Demokrasi Kepartian jelas menolak Islam dan menuduh bahwa Islam lemah serta tidak mempunyai maslahat, sedangkan Sistem Syura tidak demikian.

(Tanwiruzh Zhulumat, hal. 21-36 dan Fiqih As-Siyasah Asy-Syar'iyyah hal. 61)



Walau bagaimana pun masih ada ulama yang membolehkan Sistem Demokrasi Kepartian ini, antaranya Syeikh Yusof Al Qardawi. Beliau membolehkan kerana ianya mirip kepada keadilan. Keadilan itu sendiri adalah tuntutan di dalam Islam. Perkara yang sama juga dipersetujui oleh Syeikh Yassin Hamas, juga beberapa ulama di Tanah Arab. Selain daripada itu ramai pula yang memberi alasan sebagai darurat. Namun ianya disanggah oleh sesetengah pihak khususnya “Hizbut Tahrir” melalui beberapa siri ‘pamphlet’ yang diedarkan di masjid-masjid. 

Bila bertebung ‘khilaf’ (pandangan tidak sekata) antara yang berfahaman wajib
perpolitik dan yang mengharamkan politik kepartian, maka bolehlah kita kategorikan sebagai ‘ijtihad’. Masing-masing akan ada pahala walau pun tersalah di dalam ‘ijtihadnya’. Namun bila dikatakan ‘ijtihad’ maka yang berfahaman wajib berpolitik sepatutnya tidak menyanggah atau mengutuk yang berfahaman haram berpolitik kepartian. 
Sebagaimana Mazhab Hanafi mengatakan tidak perlu makmun membaca Fatihah dibelakang imam dalam solat berjemaah kerana bacaan imam adalah bacaan makmum. Sedangkan Mazhab Syafie mewajibkan makmum membaca Fatihah. Masing-masing berlapang dada dengan pegangan masing-masing. Tidak pula kutuk mengutuk antara satu sama lain. Ini adalah kerana masing-masing faham bahawa ianya adalah ‘ijtihad’ dan ‘khilaf’.Berlainan 
di tempat kita malah menjatuhkan hukum sesat dan sebagainya.



Wallahu’alam

NOTA: Tulisan ini diambil dari hambalialostari

Thursday, May 5, 2011

Thursday, April 28, 2011

Laporan ringkas Ijtima' Melbourne 22-25 April 2011(Bahagian 1)

Ijtima Melbourne 2011 di Masjid Fawkner. Gambar lama sebab tertinggal handphone di rumah




Hari Jumaat 22 April, program di mulakan selepas solat Maghrib, diikuti dengan Halaqah Iman(Bayan). Penulis tiba di Airport Melbourne pada jam 8 malam, dan 2 orang karkun tempatan yang ditugaskan khidmat Istiqbal menjemput saya yang berseorangan dari Tasmania. Setibanya di Masjid, kira2 seribu ummat dari pelbagai bangsa dan keturunan sudah pon bersiap sedia untuk bersolat Isya' secara berjemaah. Saya di ikram oleh 'khidmat sati' (brader2 khidmat toam) untuk makan bersama mereka setelah selesai solat Isya',(kerana jemaah lain sudah selesai makan setelah Bayan Maghrib). Berbeza dengan Malaysia, di sini tiada bacaan hayatus sahabah dan menganjurkan infradi amal selepas Isya' dan tido awal supaya bangun awal esoknya. Penulis sempat bertemu bual dengan karkun tempatan Syir Bai,Brunswick, Amir Jemaah 40hari ke Solomon Island yang sudi berkongsi karkuzari (laporan) mereka. Mereka telah keluar di sebuah pulau baru berdekatan Solomon Island, asbab pengorbanan mereka dan kesabaran setelah di marah, herdik, aju soalan bertubi oleh orang disana, dan atas hidayah Allah, 40 orang telah memeluk Islam. Memandangkan masa keluar di satu2 tempat hanya 2-3 hari, mereka hanya sempat mengajar serba sedikit tentang amal agama. Kemudian, saya beriktikaf di tingkat atas masjid(khas utk jemaah Luar Melbourne). Masjid dipenuhi umat manusia, sampai ada yang terpaksa beriktikaf di luar masjid.

Pagi 23 April 2011, Lampu di buka berperingkat peringkat sejam sebelum Subuh( Fajr Prayer). Di ikuti Halaqah Iman (Bayan) setelah selesai solat. Kemudian, jemaah tempatan bermesyuarat utk program hari itu di ikuti sarapan pagi. 

Jam 1030 pagi, Halaqah Taalim. Alhamdulillah, beberapa Jemaah sedang bergerak di Australia antaranya Jemaah Oman, Sri Lanka, 4 Bulan Malaysia, 1 Tahun Pakistan, dan 40hari tempatan. Di beritakan bahawa, Ijtima Brisbane juga sedang berlangsung. Kami diputuskan utk duduk dalam Halaqah Taalim mengikut bahasa masing2. Seramai 30+  orang tempatan dari Malaysia, Singapura + Indonesia berbahasa Melayu hadir dan duduk rapat-rapat, termasuk beberapa orang Pelajar Adelaide, Sydney, Melbourne dan saya,Tasmania,  dan Jemaah 4 Bulan Malaysia (Batu Pahat dan sekitarnya). Halaqah dikendalikan oleh Amir Jemaah Malaysia. Bacaan hadith tentang fadhilat amal(solat,zikir, Quran dll) diikuti Halaqah tajwid 3/4 orang sebulatan dan di ikuti Muzakarah 6 sifat unggul sahabat sehingga jam 12. Kemudian, kami berehat2 dan bersiap sedia untuk sembahyang Zohor pada jam 1230. 

Usai solat Zohor, program diteruskan dengan Bayan dari salah seorang Jemaah Oman tentang kepentingan Iman dan Amal di ikuti Tasykil (Azam keluar jalan Allah) tunai, untuk May dan Jun. Di beritakan satu jemaah Melbourne akan keluar ke China pada bulan May, termasuk saudara Abu Bakar berasal dari Sabah(karkun buzruk Melbourne). Kemudian toam yg disediakan oleh khidmat sati dr Northen side Melbourne. Semasa makan,asbab makan dlm dulang, saya sempat berkenalan dengan orang Myanmar berketurunan Pakistan dan menetap di Sabah 15tahun(Azimuddin), sebelum berhijrah ke Sydney. Kami berbual2 semasa makan bertukar2 isu-isu semasa. 

Solat Asar diikuti dengan Halaqah Iman(Bayan) oleh salah seorang Mufti dari Jemaah 1 tahun dari Pakistan dalam bahasa Urdu diterjemah oleh mutarjim dr Melbourne. Setelah selesai, kami bersiap sedia utk Solat Maghrib. 


Bersambung..

p/s Penulis memohon maaf atas kekurangan penulis banyak terlupa point2 Bayan, tambahan pula handphone,pen serta kertas tertinggal di rumah.InsyaAllah, saya cuba rangkumkan point2 payan nnti. Bersafar ke tempat yg jauh, tanpa telepon mmg merisaukan saya pada awalnya. Tapi, Alhamdulillah, Allah boleh sampaikan sesuatu mesej, menyelesaikan masalah hambanya tanpa melalui perantaraan telepon pon. Saya hanya doa, tawakal dan berserah pada Allah saja, supaya perjalanan pergi dan pulang saya selamat tanpa masalah dan alhamdulillah, Allah makbulkan.



KARKUZARI JEMAAH YANG BERUSAHA DI KASHMIR(KAWASAN YANG DILANDA GEMPA BUMI PADA 8 OKT 2005)

Karkuzari ini disampaikan oleh Saudara Munir Shah Sakandar Miah.Jemaah kami telah keluar 4 bulan dan telah dihantar ke Kashmir daerah Bagh. Saya sendiri Amir kepada jemaah saya itu. Selain daripada jemaah saya terdapat 24 jemaah lain lagi yang buat usaha agama di kawasan itu. Jemaah kami telah dihantar ke suatu kawasan perumahan orang2 elit di kawasan bandar Bagh. Dari segi dunia, penduduk2 di kawasan itu ialah orang2 yang terpelajar berpendidikan moden. Dari segi agama pula, kebanyakan mereka mereka menunaikan solah dan membaca Al-Qur'an. Mereka tidak ada kaitan dengan mana2 kumpulan ajaran sesat. Mereka juga tahu sedikit sebanyak mengenai usaha agama/usaha dakwah tetapi secara sengaja mereka menentangnya. Mereka menganggap bahawa usaha agama ini adalah penghalang dan mengganggu kerja2 dunia mereka. Mereka berkata kita kena usahakan dunia dulu,dapatkan asbab2 kemajuan sebagaimana negara2 yang telah maju kemudian barulah buat usaha agama.Di kawasan ini ada beberapa orang yang menjadi pembesar mereka. Pengaruh pembesar2 itu tersebar ke seluruh kawasan tersebut. Sehinggakan pegawai2 kerajaan pun menjadi pengikut mereka. Orang2 di kawasan ini melayan kami dengan buruk terutamanya orang2 tua dan orang2 lemah di antara kami. Kebiasaan mereka akan dipukul semasa menjalankan gasht (ziarah jumpa orang). Sekali, semasa melakukan gasht di kawasan sebuah sekolah mereka telah dipukul. Dan semasa menjalankan gasht di sebuah kem tentera, ahli jemaah telah diperlakukan dengan buruk sehingga mereka telah diberi amaran keras supaya tidak datang melakukan gasht di situ lagi. Sebagai denda jemaah itu diperintahkan untuk mengutip sampah-sarap.Di masjid pula , bekas2 yang diisikan air (lota/bekas wudhu'))untuk kegunaan kami telah diludah oleh penduduk2 di situ sebanyak 7-8 lota. Kami mengambil air itu dgn susah payah berjalan mendaki bukit sejauh 1.5-2 km kemudian orang2 di situ menyia-nyiakan air kami begitu sahaja. Ada juga orang di situ kencing di dalam air kami.


Ilham daripada Allah S.W.T dengan perantaraan mimpi

Sehari sebelum gempa bumi di kasawan situ berlaku, seorang pemuda yang sedang keluar bersama satu jemaah yang sedang buat usaha di Rajanpur (satu kawasan berhampiran dgn tempat kami) telah bermimpi melihat bukit-bukau yang berhampiran melaung-laung meminta tolong seumpama seorang manusia yang sedang mengalami kesakitan yang teruk. Pada waktu sahur, amir jemaah itu bersama dengan pemuda itu telah datang ke tempat jemaah kami dan mengkhabarkan tentang mimpi itu. Pemuda itu mengalami ketakutan yang amat sangat. Hampir jam 5 pagi kami telah menghubungi pihak di Markaz Raiwind. Saya sendiri telah bercakap dengan Haji Abdul Wahab Sab selepas beliau selesai memberi Bayan Subuh. Haji Sab telah memberi jawapan secara sepontan iaitu kumpulkan semua jemaah yang ada di kawasan itu dengan segera. Alas2 tidur kamu hendaklah ditindih dengan batu2 sementara tong2 gas hendaklah ditanam dalam bumi. Jemaah kamu sendiri dan juga semua jemaah yang lain hendaklah dikumpulkan serta bermalam di suatu kawasan tanah lapang. Usahalah/ pujuklah orang di situ sehabis-habisnya untuk berkumpul di tempat tersebut. Jangan beritahu tentang mimpi itu kepada sesiapa pun.

Demikianlah, dengan susah payah kami telah usahakan mengumpulkan 23 jemaah yang salah satu daripada jemaah2 itu telah datang sendiri setelah mereka mendapat tahu berita itu. Dua jemaah lagi kami tidak dapat hubungi mereka. Masalahnya ialah, di sini kawasannya berbukit sementara itu kami tidak ada perhubungan dengan orang tempatan, Kami telah berusaha bersungguh-sungguh ke atas orang2 kampung tetapi mereka tidak ingin mendengar cakap kami. Hanya seorang penjaga sekolah yang datang bersama kami dan telah menghabiskan masa malam bersama kami.

Hari itu, 8 Okt 2005, hari Sabtu. Sebaik sahaja mata kami terlelap, kedengaran suara tempikan yang dahsyat daripada bumi dan bukit-bukau yang berdekatan. Semua kami terbangun dari tidur. Salah seorang daripada kami menyangka bahawa itu adalah igauan tidur sahaja sebaliknya itulah suara sebenar iaitu suara yang telah didengari oleh pemuda yang bermimpi mengenai kejadian tersebut.Serentak dengan itu, di langit sejenis awan hitam datang dengan begitu laju. Dari awan itu pun kedengaran suara yang sama. Demikian juga dari awan itu kelihatan sejenis pancaran cahaya. Selepas beberapa minit, berlaku gempa bumi yang sangat dahsyat. Gempa itu begitu kuat sehingga kami tidak dapat berdiri, selepas itu datang pula gempa berlainan gegarannya iaitu gegaran yang turun naik. Kami terlambung ke atas setinggi satu setengah hingga dua kaki kemudian jatuh ke bawah.

Di hadapan mata kami,hanya dalam beberapa saat sahaja seluruh bandar telah menyembah bumi. Bangunan 2 di sekolah dan kem tentera juga telah tenggelam dalam bumi. Kemudian selepas itu, hujan lebat sangat dahsyat mula turun. Hujan itu bukanlah hujan biasa sebaliknya ia adalah hujan yang setiap titisannya sebesar mangkuk. Kerana kecuaian kami, satu tong gas telah tertinggal di luar tidak ditanam maka ia telah meletup. Kemudian selepas itu, ribut yang kencang telah datang dari arah timur dan barat yang menyebabkan pokok2 telah tumbang. Sebelum ribut itu datang, semua haiwan termasuk lalat hinggakan kerbau, lembu, kambing, anjing dan lain2 lelah lari ke arah selatan hinggakan kawasan itu kosong sama sekali daripada sebarang haiwan. Hanya dalam beberapa saat sahaja, kehidupan telah bertukar dgn kematian. Setiap bangunan telah rebah menyembah bumi.Bandar yang didiami oleh ribuan penduduk sekarang hanya tinggal kami ahli2 jemaah dan seorang penjaga sekolah yang masih hidup.
Kami telah memohon bantuan dari segenap penjuru,namun tiada yang diterima oleh Allah S.W.T. Bantuan yang pertama sampai adalah dari Markaz Raiwind, Haji Abdul Wahab Sab sampai pada waktu Asar bersama beberapa orang pelajar madrasah dgn manaiki helikopter. Selama 3 hari lagi kami tinggal di kawasan itu. Gegaran demi gegaran serta hujan yang lebat terus berlaku. Tidak ada apa bantuan yang boleh sampai ke tempat itu. Haji Abdul Wahab telah menghantar sebanyak 9000 beding (alas tidur). Dalam setiap beding disertakan gula, beras dan lain2 sebagai bantuan. Namun, selain daripada kami, tidak ada kehidupan yang tinggal. Di mana2 sahaja kelihatan mayat2 bergelimpangan. Kami telah menyembahyangkan sebanyak 1300 jenazah. Himpunan jenazah yang kami sembahyangkan sekurang-kurangnya 7 mayat sehinggalah 50-60 mayat. Setelah menghadapi mujahadah(susah payah) menguruskan jenazah selama 3 hari, kami berusaha mencari orang2 yang terselamat dan masih hidup di kawasan itu tetapi tidak menemui sesiapa pun yang masih hidup kecuali seorang bayi.Kami berada dalam keadaan yang penuh mujahadah kerana terpaksa menahan bau busuk mayat sehinggakan susah untuk kami bernafas.

Pemuda yang bermimpi itu telah nampak malaikat2 memegang tali cambuk. Setiap masa beliau di dalam ketakutan dan kebimbangan.Sekali beliau nampak para malaikat dalam bentuk kanak2,maka amir jemaah telah menyuruh kami mengajarkan beliau kalimah syahadah lalu beliau pun meninggal dunia. Selain daripada beliau ada 3 orang lagi yang telah tua lagi lemah tidak dapat menanggung kesusahan itu lalu mereka juga telah meninggal dunia.
Alhamdulillah, semua ahli jemaah telah bermimipi Nabi Muhammad S.A.W atau mana2 Nabi yang nama mereka ada di dalam Al-Qur'an atau mana2 sahabat Nabi R.Anhum. Mungkin ini ialah hadiah drp Allah S.W.T utk menenangkan kami yang menghadapi ketakutan dan kebimbangan.

Saudara2ku sekelian,karkuzari ini bukanlah dongengan , bahkan satu hakikat. Kenapakah azab Allah S.W.T dlm bentuk gempa bumi telah datang? Pada lidah kita ada kalimah tetapi keyakinan tidak ada di dalam hati. Di kawasan itu, solah berjemaah hidup tetapi tiada amalan2 Nabi S.A.W (dakwah,ta'lim ta'lum,ibadat dan khidmat). Mereka sibuk dgn kemajuan dunia dan menganggap agama adalah satu perkara yang tidak bernilai dan mengaibkan mereka.Sebaliknya mereka menyangka pelajaran moden, fesyen moden, harta dan kekayaan sebagai kemajuan dan kejayaan.Mereka cintakan ahli dunia dan bencikan ahli agama/akhirat.
Saudara2ku,demi Allah tinggalkanlah fikiran2 seumpama itu yang hakikatnya telah kita sama2 lihat.Tuan2 buatlah azam utk mengubah keyakinan dan cara hidup kita kepada cara hidup Nabi Muhammad S.A.W. Kita kena berusaha utk keluarkan diri kita drpd kelalaian dan bersama utk memajukan agama Allah, jika tidak mungkin azab yng lebih besar akan datang. Kami telah pulang ke Markaz Raiwind pada 11 Oktober 2005.

Di copy dari http://fikirumat.blogspot.com/2009/03/karkuzari.html

Rezeki Ikan & kita

http://www.youtube.com/watch?v=NqrYOvm-yOI&feature=player_detailpage

Allah yang memberi rezeki.. Seperti dalam video diatas, makanan yang dah masuk dalam mulut pon, belum tentu lagi rezeki ikan itu. Sebab yang memberi rezeki kan Allah. Bayan dalam Ijtima Melbourne baru-baru ni, seorang sipulan boleh curi duit seseorang dgn izin Allah, tp tak boleh curi rezeki yang Allah nak beri pada orang tersebut. Satu orang manusia yang Allah nak beri rezeki padanya, Seluruh alam bergabung sekalipon, tidak mampu utk menghalang rezeki tersebut daripada sampai kepada hamba itu..

Thursday, April 21, 2011

Sekitar Ijtima...

Ijtima Tongi

Lenasia Ijtima
Ijtima Nilai 2009






Besok Ijtimak Melbourne di Fawkner. Masih bermain2 dalam kepala, cemana kat negara Australia yang diperintah orang non-Muslim, boleh diadakan ijtima/perhimpunan orang Muslim sebegini besar? Well, kuasa Allah..InsyaAllah, saya akan share karkuzari/laporan bila dari Ijtima nnti..

Semoga Allah pilih saya dan tuan2..Amin..Doakan saya yang lemah ini tuan2..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...