Pages

Sunday, July 31, 2011

Talfiq oh Talfiq




Talfiq..sekali dengar macam nama orang. Tapi ada satu perkara mustahak untuk kita semua tahu apa itu talfiq..tapi sebelum itu..


Dulu sorang sifolan yg bersekolah agama pernah bagitau pada saya, kalau kita tahu hukum2 dari mazhab yg lain, kita boleh guna pakai. Mengikut pengetahuan beliau dari saudaranya yang belajar di Mesir, Mazhab Hanafi mengkategorikan musafir walaupon seseorang itu menetap di suatu tempat lebih dari 3 hari.. Maka berpegang dengan ilmu tersebut, semasa kami menghadiri program selama seminggu di tanah air, selama seminggulah beliau jamak & qasar sembahyangnya tanpa ragu-ragu dan syak wasangka lagi.. Saya yang cetek ilmu, maka saya berdiam diri sahaja. 


Baru-baru ini saya keluar/khuruj dengan beberapa jemaah dari Sydney, yang majoritinya bermazhab Hanafi. Dalam bab sembahyang, walaupon tidak digalakkan bermuzakarah bab mazhab, tetapi atas kelemahan saya terkongsi serba sedikit tentang mazhab masing2.. Dan ketika itulah saya tahu yang mereka yang bermazhab Hanafi TIDAK menjamakkan solat, Zohor dan Asar, Maghrib dan Isyak(betulkan saya jika tersilap). Jadi, bagaimana dengan pegangan sifolan tadi?

Amir Sab kami yang berketuruan Fiji berkata "Kita ada 4 mazhab yang mashur. Sedangkan 4 Imam mazhab tadi sudah tetapkan jalan/cara masing-masing.. Maka kalau kita campur adukkan mazhab-mazhab, kita dah buat mazhab kelima." Wallahualam..


Semoga Allah pelihara saya dan tuan2 dari golongan yang memudah-mudahkan agama.

Satu penerangan yang dipetik dari blog Ustaz Hambali alorstari.

Talfiq bermakna “melipat”, namun pada istilah syar’i bermakna mencampuradukkan pendapat seorang ulama dengan pendapat ulama lain. Sedangkan tidak seorang pun dari mereka yang membernarkan perbuatan yang dilakukan tersebut.


Syeikh Muhammad Amin al-Kurdi mengatakan:

“(syarat kelima dari taqlid) adalah tidak talfiq, iaitu tidak mencampurkan di antara dua pendapat di dalam satu qadliyah (masalah), samada sejak dari awal, pertengahan dan seterusnya. Akibatnya nanti dua pendapat itu akan menimbulkan satu amaliyah yang tak pernah disebutkan oleh orang pendapat tersebut.” (Tanwir al-Qulub, 397)
Ini menunjukkan bahawa talfiq adalah melakukan suatu perbuatan atas dasar hukum yang merupakan gabungan dua madzhab atau lebih.

Contoh seperti berikut:
a. Seseorang berwudhu’ menurut madzhab Syafi’I dengan menyapu atau mengusap sebahagian (kurang dari seperempat) kepala. Selepas itu dia menyentuh kulit wanita ajnabiyyah (bukan mahramnya), kemudian terus bersolat dengan mengikuti Mazhab Hanafi yang berpendapat bahwa menyentuh wanita ajnabiyyah tidak membatalkan wudhu’.

Perbuatan seperti ini disebut talfiq, karana mencapuradukkan pendapat Imam Syafi’I dan Hanafi dalam masalah wudhu’. Hasilnya, kedua Imam tersebut sama-sama tidak mengakui bahwa gabungan itu merupakan pendapat mereka. Ini adalah kerana, Imam Syafi’I berpendapat batal wudhu’ seseorang yang menyentuh kulit wanita yang bukan mahram (Ajnabiyah). Sedangkan dalam masa yang sama Imam Hanafi tidak mengesahkan wudhu’ seseorang yang hanya mengusap sebahagian kepala.

b. Seseorang berwudhu’ dengan menyapu sebahagian kepala, atau tidak menggosok anggota wudhu’ karena mengiikuti madzhab Imam Syafi’i. Kemudiannya dia menyentuh anjing, karena mengikut Mazhab Imam Malik yang mengatakan bahwa anjing adalah suci. Ketika dia solat, maka kedua imam tersebut tentunya sama-sama akan membatalkannya. Sebabnya menurut Mazhab Maliki wudhu’ itu hendaklah dengan mengusap atau menyapu seluruh kepala dan juga dengan mengosok anggota wudhu’. Berwudu’ cara Imam Syafi’I, menurut Imam Malik adalah tidak sah.

Demikian juga anjing menurut Imam Syafi’i termasuk najis mughallazhah (najis yang berat). Maka ketika menyentuh anjing lalu bersolat, Maka solatnya tidak sah. Sebab berlaku demikian kerana kedua imam itu tidak menganggap sah salat yang dilaksanakan dengan cara tersebut.

Talfiq seperti ini dilarang di dalam agama sebagaimana yang tersebut di dalam kitab I’anah al-Thalibin:

“talfiq dalam satu masalah itu dilarang, seperti mengikuti Imam Malik dalam sucinya anjing dan ikut Imam Syafi’I dalam bolehnya mengusap sebahagian kepala untuk mengerjakan solat.” (I’anah al-Thalibin, juz 1, hal 17)

Perkara ini dilarang kerana dibimbangi akan terjadi “tatabbu’ al-rukhash” (mencari yang mudah) di dalam beramal. Ini juga agar umat tidak mengambil jalan meringan-ringankan hokum dan agar tidak bersifat “tala’ub” (main-main) di dalam hukum agama.
Sebenarnya larangan talfiq bukan untuk mengekang kebebasan umat Islam untuk memilih mazhab. Ianya juga bukanlah merestui sikap pembelaan dan fanatik terhadap mazhab tertentu namun ianya lebih kepada menjaga kebebasan bermazhab agar tidak disalahfahami oleh sesetengah gulongan.

Untuk menghindari amalan talfiq yang dilarang ini, maka perlulah ada satu penetapan hukum dengan memilih salah satu mazhab dari ‘mazahib al-arba’ah’ yang sesuai dengan keadaan dan suasana di tempat kita.

Wallahualam

Sumber: Muhyiddin Abdusshomad, Fiqih Tradisionalis, Malang:Pustaka Bayan, 2004, dengan olahan di dalam bahasa Malaysia oleh penulis.

Monday, July 18, 2011

Wednesday, July 13, 2011

Pengalaman Keluar Jalan Allah - Melbourne

Ini Australia..Ummat Muhammad saw bertebaran serata alam

Alhamdulillah, asbab doa tuan tuan, dan taufik dan hidayah Allah Swt, saya dapat gunakan masa cuti semester, diri dan harta utk keluar Jalan Allah selama 27hari. Saya diputuskan untuk keluar dengan jemaah dari Sydney dan beberapa orang dari Melbourne yang terdiri daripada student dan orang awam.

Kisah satu:
Saya batuk,selesema dan sakit kepala.. Saya ni jenis kurang gemar ubat-ubatan moden. Lebih gemar madu, dan apa-apa ubatan traditional. Sebab masa tidur Amir kami selalu dengar saya batuk, jadi beliau mencadangkan agar saya minum air garam (sebagai ubat). Dengan perantaraan ubat tersebut, Allah bagi sakit lain pulak. Diarrhea. maka, sakitlah perut, muntah-muntah asbab ubat yang diyakini menyembuhkan, tetapi menjadi asbab penyakit pula bagi saya.. Allah mampu buat sesuatu perkara dengan asbab, tanpa asbab dan berlawanan dengan asbab. huuu

Kisah dua.
Terjumpa ada satu umat Nabi saw di bumi Australia ni.. majoriti mereka tidak pandai English sepatah habuk.. tidak kerja, tapi boleh beli kereta, rumah..memang pelik, tapi benar. Kalau orang muda ckp " Apa kes duduk Aussie takyah kerja. Kita susah2 belajar tinggi2, nak beli kereta pon sakit." Tapi ini la point kami sepanjang khuruj semasa muzakarah sesama kami, yang hakikatnya Allah swt Tuhan bagi rezeki, bukan kerja, duit, pendidikan, pelajaran, PHD atau apa-apa jenis makhluk sekalipon. Dan mereka yang berketurunan Burma ini sangatlah berlemah lembut dalam pertuturan mahupun perbuatan. Sangat rendah diri tapi ikram sangat tinggi.. Setiap masa kami diikram dengan juadah2 Burma sepanjang 3 hari berada di surau itu.

Pengajaran dari sorang bekas Engineer (mendefiniskan diri beliau hamba kerja) yang kini menjadi hamba Allah sepenuh masa (nanti saya update lagi InsyaAllah)

Besambung..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...