Pages

Showing posts with label Khuruj Jalan Allah. Show all posts
Showing posts with label Khuruj Jalan Allah. Show all posts

Tuesday, January 10, 2012

Khuruj : Launceston, Tasmania


Khuruj 2 hari di Launceston, Tasmania (attach dgn jemaah 40hari dari Melbourne). Iktikaf kat scout hall Carcanoo Paper Beach Road asbab Masjid Launnie tak dibenarkan iktikaf oleh pihak universiti (UTas). Scout hall ni terletak 30-40 minit dari bandar Launceston.

Jalan ke Scout Hall

Tu dia, scout hall kat tengah hutan..

Amik peluang menikmati keindahan pantai blakg scout hall, selepas penat ber'kriket'
Semoga Allah mudahkan usaha org tempatan sini  utk mendirikan sebuah masjid di Launceston, masjid sebelum ini (kepunyaan University) telah di sekat penggunaannya kepada org awam atas sebab2 yang tak munasabah. Semoga Allah pilih saya dan tuan2 utk korban diri harta dan masa utk Allah.



Wednesday, July 13, 2011

Pengalaman Keluar Jalan Allah - Melbourne

Ini Australia..Ummat Muhammad saw bertebaran serata alam

Alhamdulillah, asbab doa tuan tuan, dan taufik dan hidayah Allah Swt, saya dapat gunakan masa cuti semester, diri dan harta utk keluar Jalan Allah selama 27hari. Saya diputuskan untuk keluar dengan jemaah dari Sydney dan beberapa orang dari Melbourne yang terdiri daripada student dan orang awam.

Kisah satu:
Saya batuk,selesema dan sakit kepala.. Saya ni jenis kurang gemar ubat-ubatan moden. Lebih gemar madu, dan apa-apa ubatan traditional. Sebab masa tidur Amir kami selalu dengar saya batuk, jadi beliau mencadangkan agar saya minum air garam (sebagai ubat). Dengan perantaraan ubat tersebut, Allah bagi sakit lain pulak. Diarrhea. maka, sakitlah perut, muntah-muntah asbab ubat yang diyakini menyembuhkan, tetapi menjadi asbab penyakit pula bagi saya.. Allah mampu buat sesuatu perkara dengan asbab, tanpa asbab dan berlawanan dengan asbab. huuu

Kisah dua.
Terjumpa ada satu umat Nabi saw di bumi Australia ni.. majoriti mereka tidak pandai English sepatah habuk.. tidak kerja, tapi boleh beli kereta, rumah..memang pelik, tapi benar. Kalau orang muda ckp " Apa kes duduk Aussie takyah kerja. Kita susah2 belajar tinggi2, nak beli kereta pon sakit." Tapi ini la point kami sepanjang khuruj semasa muzakarah sesama kami, yang hakikatnya Allah swt Tuhan bagi rezeki, bukan kerja, duit, pendidikan, pelajaran, PHD atau apa-apa jenis makhluk sekalipon. Dan mereka yang berketurunan Burma ini sangatlah berlemah lembut dalam pertuturan mahupun perbuatan. Sangat rendah diri tapi ikram sangat tinggi.. Setiap masa kami diikram dengan juadah2 Burma sepanjang 3 hari berada di surau itu.

Pengajaran dari sorang bekas Engineer (mendefiniskan diri beliau hamba kerja) yang kini menjadi hamba Allah sepenuh masa (nanti saya update lagi InsyaAllah)

Besambung..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...