Pages

Thursday, September 29, 2011

Seloka Tabligh 2

Pintu diketuk disusuli dgn salam,
Yg di dalam tadi riuh tiba-tiba suram,
Allah tarbiah kami utk sangka baik sesama Islam,
Mungkin mereka tak dgr dari dalam,
maklumlah hari sudah malam,
Dahulu nabi menyeru seisi alam,
Seru mereka kpd Islam,
Tapi Abu Jahal dan Abu Lahab pura-pura tak paham,
Kononnya pertahankan adab resam,
Walhal Al-Quran turun dgn maksud mendalam,
mengalahkan segala syair pendeta seluruh alam..

Bkn niat kami utk mengajar,
niat cuma utk belajar-belajar,
Belajar ckp benda yg benar,
nak kata hidup ini cuma sebentar,
kelak kita bertemu yg Maha Besar,
Marilah kita beriman sebentar,
bercakap-cakap tentang kubur,sirat dan masyar,
mudah-mudahan iman yaken bertambah lebar.

Pintu diketuk sebanyak 3 kali,
Sambil itu salam diberi,
Keluar pula seorang lelaki,
rupanya rumah tuan haji,
Dgn wajah berseri-seri,
Manis senyuman tidak terperi,
Lega segala hati kami,
dipelawa masuk tp tak cukup time diberi,
cukuplah kami sekadar di sini,
menghidupkan amalan sunnah nabi,
tapi syg ada yg tak faham-faham lagi,
Bkn takat dicaci bahkan dimaki,
Tak tahu mana dia kesalahan kami,
Rupanya inilah dia kerja nabi,
Iman ditarbiah cara begini,
Sabar diuji berkali-kali,

Azan dilaungkan 5 kali sehari,
Syaitan mendengar terus bersembunyi,
Dlm jamban mmg pilihan sensasi,
Dakwah kpd solat pun syaitan lari,
Dakwah kpd Iman lagilah syaitan benci,
Yg pelik Mat rempit pun lari,
Baru nmpk jamaah berjalan kaki,
Belum sempat salam diberi,
Habis sume mencicit lari,
Meluncur laju mcm Velentino Rossi,

Benci benarkah mahu dgr tentang Allah?
Benci sgtkah mahu dgr kebesaran Allah?
Malukah diri kita mahu dengar kehebatan Allah?
Siapakah yg beri kita rezeki tiap2 hari bukankah Allah?
Siapakah yg perlihara kita sejak dalam rahim bukankah Allah?
Siapakah yg mencipta kita bukankah Allah?
Susah sgtkah mulut mahu ckp yg beri kita mkn itu Allah?

Hari ini kita mesti faham kerja dakwah kerja kita,
Bkn takat kerja ustaz,alim dan ulama,
Tak kira kita petani,peladang,kerani,doctor, YB dan Raja,
Kerja dakwah kerja fulltime kita,
Kerja dunia hanyalah kerja partime sahaja,
Ingatlah teman Ingatlah taulan,
Dunia ini tempat sementara,
Dlm kita bersenda,
Dlm kita bersukaria,
Kerja nabi mesti jalan juga,
Tak kira sesibuk mana,
Tak kira kita di mana,
Kitalah pewaris tugas anbia.

Hari ini,
nama jemaah sudah diberi,
Bkn Maulana Ilyas yg kasi,
Penduduk Malaysia gelarkan tabligh,
Dan bila jamaah melangkah kaki,
kanak-kanak kata lari,
Tabligh datang kome sembunyi,
Di Malaysia mungkin janggal lagi,
Di zaman nabi ziarah dibuat tiap2 hari,
Bkn takat di Aidilfitri..

Ayuh bangkit semua pemuda,
Termasuklah yg tua bangka,
Tak kira kita siapa,
Terpaksa atau suka rela,
Tidak kira dimaki dan dicerca,
Tidak kira kita mulia mahupun hina,
Ayuh hidupkan Dakwah bawaan Baginda,
Ini Syair Hafiz kilau yg punya,
Kalau nk copyright aku pun rela,
Ingatlah kejayaan kita dlm agama,
Blog ini hiburan semata-mata,
Dakwah hanya sa nya cara baginda s.a.w yg Allah terima....
InsyaAllah.....


Sedikit komen:


Dulu2, saya la sebahagian daripada budak2 yang lari bila abang, pakcik tabligh datang.. tapi taktau kenapa..ikut kawan2 je dlu, dorang lari, kita pon lari..padahal pakcik2 tu lalu sebelah padang je.. haish..tp sekarang, sekali sekala saya pulak yg bergerak dgn pakcik2, tgk budak2 kecik main kat padang.. mmg kalo ziarah petang2, lalu tepi padang, akan teringat diri saya masa kecik2 dlu..oh!




dipetik dari Hafizkilau :D :D :D

Saturday, September 10, 2011

Dalam Sunnah ada kejayaan : Pemakaian

Kejayaan manusia hanya se- dalam agama, taat perintah Allah, dengan cara Nabi saw

Penulisan ini adalah untuk diri sendiri, sbb makin hari rasa makin jauh dari Sunnah Nabi saw. Doakan semoga Allah bg kekuatan utk amal sunnah dalam kehidupan, di samping dapat taat perintah Allah setiap waktu dan detik..Iman turun naik, apetah lagi Iman saya yg mcm biskut ni (kejab ada, kejab takde). huuu

Dulu terfikir jgk, apa respond orang orang Australia dengan pemakaian Sunnah..(berjanggut, kopiah, jubah/kurta). Selalu dengar2 cerita, org2 sini tak berapa selesa dengan kehadiran org Asia..ada antara kami yang di baling botol air dan bola ke kepala, dilontarkan dengan kata2 kesat spt uncivilized dan macam2 lagi..Itu yg berpakaian biasa, kemeja tshirt, jeans.. (Apetah lagi kopiah jubah, serban- ni pemikiran bila sampai di bumi Australia mula2 dulu).. rasa takut dengan makhluk tu masih menebal lagi dalam hati ni.., tak cukup korban lagi la tu..oh!

Tapi lepas balik khuruj masa cuti semester haritu, Alhamdulillah Allah bg kekuatan utk amal. Mmg masa tu bisik dalam hati, "apa nak jadi, jadi lah". Pergi kelas, pasaraya, mana2 saja,paling kurang, kopiah..Tp mmg betul, kalau niat nak sukakan Allah, semua benda jadi mudah.. Kan makhluk tu semua dalam genggaman Allah.. Allah yang bolak balikkan hati manusia..kalo Allah nak jadikan org bukan Islam tu selesa dengan Sunnah Nabi saw, tak ada siapa pon boleh halang.. kan?

Kisah 1 : "Hi Abdul! Abdul?" Seorang mat salleh menyapa saya sambil mengangkat tangan dan melontarkan senyuman.. Oh, terharu sungguh masa tu..masa tu tengah duduk tunggu member yang membeli belah tak hbs2 lagi..

Kisah 2 : "Tin tin ton ton" Pakcik dan makcik salleh hon dari jauh, sambil angkat tangan dan senyum semasa saya dan jemaah dari Melbourne buat ziarah kat Launceston ni..

Kisah 3 : Atas ketentuan Allah, kelas semester lepas dan semester ni hari Jumaat..9-4ptg.. mmg menjadi masalah besar bg kami budak2 lelaki Melayu Muslim terutama sekelas dgn saya bila tiba waktu utk solat Jumaat. Nasib tak baik, dkt2 masa tu la, nak ada tutorial, crit session, presentation dan sbgnya, dugaan2 penghalang Solat Jumaat.. jadi, ada la yang terlepas solat jumaat atas sebab2 diatas. tp Alhamdulillah, semester ni..bila Islam itu disyiarkan dgn pakaian dan sedikit perbincangan (eceh), lecturer2 dan student local pulak yang terlebih concern dgn solat Jumaat kitorang..masing offer diri utk swap turn tutorial, discussion dgn lecturer, supaya kami berpeluang utk solat Jumaat..hah, sapa cakap susah nak amal agama kat bumi Australia nih? saya!hoho

Kisah 4: Kalau beli barang kat pasaraya sini, kalau cashier tu perempuan, biasanya saya terpaksalah bukak tapak tangan selebar2nya kalo nak terima balance/receipt *nak bg hint kat cashier ( jangan sampai sentuh tangan, nnti wuduk aku batal, tolongg!!!)

Di sini ada 2 keadaan mengikut pengalaman saya sendiri.. kalo tak pakai kopiah, jubah, etc, jgn haraplah dorang nak letak duit tu tanpa terkena tangan yang menadah ni..buka la selebar mana pon, dorang belasah je letak duit tu kat tangan kita..
Tapi lain kalo berSunnah..berdasarkan pengalaman, mmg cashier2 ni seperti dilatih or diberitahu oleh majikan supaya  tidak sentuh tangan org2 muslim, nnti wuduk mereka batal..hehe macam pelik, tp mmg macam tu la yang terjadi. Well, cemana dorang nak tau kita ni muslim atau tak kalo pakaian kita sama, sebijik, sebutir, seacuan macam mereka..

Semua tindak tanduk manusia binatang, jin semua dalam kawalan Allah swt belaka.. Cuma pada kita yg kena usaha supaya yakin pd Allah sebulat bulatnya dan amal sunnah Nabi saw sehinggakan bukan Islam pon Allah boleh jadikan asbab manfaat atau khidmat utk kita.. Tak mustahil kan..sedangkan ikan ikan di laut, haiwan berbisa pon boleh mendoakan keampunan utk seseorang Hamba Allah (spt yg terdpt dlm hadith  Nabi saw.), apetah lagi manusia yg berkaki bertangan..

Well, takde la teruk sgt rupanya orang2 sini.. Utk taat perintah Allah, amal sunnah Nabi saw perlukan kekuatan iman. Tak hairanlah, ada hadith Nabi yang mengatakan Umat Nabi yang amal agama, seperti mengenggam bara api. Sesungguhnya, mmg payah, tapi lama kelamaan kalo istiqamah, bara yang membara pon akan malap, kesenangan pulak akan datang..Kita takkan nampak kuat atau tidak iman kita, melainkan dengan amalan agama.. Jadi kalau nampak saya TIDAK berkopiah, berjubah,bersugi, solat awal waktu..iman lemah la tu (no doubt).adoiyai nye pon!

Doakan saya yer tuan tuan.. Iman lemah sgt2.. Semoga agama yang sempurna hadir dalam diri kita semua. Amin..

Sunday, September 4, 2011

Selamat Hari Raya 2011

Bumi Tasmania..baru start nak menghijau balik..

Cambell Town, Tasmania - on our way to Hobart
Pekan Hobart, Tasmania

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...