Fadhilat Janggut - di petik dari blogger mutakalim umat
Salam sejahtera kepada semua..
Ramai yang bertelingkah dan berbeza pendapat mengenai janggut. Ada yang mengatakan ianya sunat sahaja, ada juga yang mengatakan ianya adalah adab orang arab semata-mata. Sebenarnya janggut adalah satu sunnah Baginda s.a.w yang besar. Ianya bukan sekadar sunat, tetapi ianya adalah satu sunnah kepada setiap Nabi2 yang terdahulu. Banyak kitab2 hadith menerangkan mengenai janggut dan kepentingannya. Antaranya juga ada disebut di dalam kitab Syamail Tirmidhi.
Maka di sini aku kepilkan beberapa maklumat untuk mengukuhkan penyataan mengenai kepantingan janggut. Petikan dibawah adalah titipan daripada bicaramuslim.com.
Hadith-Hadith Yang Mewajibkan Memelihara Janggut Atau Jambang
Antara hadith-hadith sahih dari Nabi s.a.w yang menunjukkan wajibnya memelihara janggut dan jambang kemudian mewajibkan orang-orang lelaki beriman supaya memotong atau menipiskan misai mereka serta pengharaman dari mencukur atau memotong janggut mereka ialah:
1. "Abdullah bin Umar berkata telah bersabda Rasulullah s.a.w :"Janganlah kamu menyerupai orang-orang Musyrikin, peliharalah janggut kamu dan tipiskanlah misai (kumis) kamu." (H/R al Bukhari, Muslim dan al Baihaqi)2. Dari Abi Imamah bahawa telah bersabda Rasulullah s.a.w : "Potonglah misai kamu dan peliharalah janggut kamu, tinggalkan (jangan meniru) Ahl al-Kitab." (Hadith sahih, H/R Ahmad dan at Tabrani)3. Dari Aisyah R.ha berkata bahawa telah bersabda Rasulullah s.a.w :"Sepuluh perkara dari fitrah (dari sunnah nabi-nabi) di antaranya ialah mencukur misai dan memelihara janggut." (H/R Ahmad, Muslim, Abu Daud, at Turmizi, an Nasaii dan Ibn Majah) Bagi individu yang menjiwai hadith di atas pasti mampu memahami bahawa Nabi Muhammad s.a.w melarang setiap mukmin dari meniru atau menyerupai suluk (tatacara) orang-orang kafir sama ada dari golongan Yahudi, Nasrani, Majusi atau munafik.
Antara penyerupaan yang dilarang oleh baginda ialah berupa pengharaman ke atas setiap orang lelaki yang beriman dari mencukur janggut dan jambang mereka. Kemudian baginda melarang pula dari memelihara misai (kumis) kerana dengan memelihara misai kemudian mencukur janggut telah menyerupai perbuatan semua golongan orang-orang kafir.
Antara motif utama dari larangan baginda itu ialah agar orang-orang yang beriman dapat mengekalkan sunnah supaya tidak mudah pupus di samping mengharamkan setiap orang yang beriman dari meniru tata-etika, amalan dan tata-cara orang-orang kafir atau jahiliah.
Larangan yang berupa penegasan dari syara ini telah dijelaskan oleh Nabi Muhammad s.a.w melalui hadith-hadith baginda. Terlalu sukar untuk ditolak atau dinafikan tentang pengharaman mencukur janggut ini kerana terlalu banyak hadith-hadith sahih yang telah membuktikannya dengan terang tentang pengharaman tersebut.
Memang tidak dapat diragukan, antara penyerupaan yang diharamkan oleh Nabi Muhammad s.a.w ialah meniru perbuatan orang-orang kafir yang kebanyakan dari mereka lebih gemar mencukur janggut dan jambang mereka kemudian membiarkan (memelihara) misai mereka sebagai hiasan. Ketegasan larangan mencukur janggut yang membawa kepada penyerupaan masih dapat difahami melalui hadith-hadith baginda yang seterusnya sebagaimana di bawah ini:
1. Dari Ibn Umar ra berkata bahawa, telah bersabda Rasulullah s.a.w :"Sesiapa yang menyerupai satu satu kaum, maka ia telah menjadi golongan mereka." (H/R Ahmad, Abu Daud dan at Tabrani)
2. Dari Abi Hurairah ra bahawa telah bersabda Rasulullah s.a.w :"Bahawasanya ahli syirik memelihara misainya dan memotong janggutnya, maka janganlah meniru mereka, peliharalah janggut kamu dan potonglah misai kamu." (H/R al Bazzar)
3. Bersabda Rasulullah s.a.w : "Janganlah kamu meniru (menyerupai) orang-orang Majusi (penyembah berhala) kerana mereka itu memotong (mencukur) janggut mereka dan memanjangkan (memelihara) misai mereka." (H/R Muslim)
4. "Tipiskanlah misai kamu dan peliharalah janggut kamu. Di riwayat yang lain pula : Potonglah misai kamu dan peliharalah janggut kamu."(H/R al Bukhari)
5. Dari Abi Hurairah berkata telah bersabda Rasulullah s.a.w : "Di antara fitrah dalam Islam ialah memotong misai dan memelihara janggut, bahawasanya orang-orang Majusi memelihara misai mereka dan memotong janggut mereka, maka janganlah kamu menyerupai mereka, hendaklah kamu potong misai kamu dan peliharalah janggut kamu." (H/R Ibn Habban)
5. Dari Abdullah bin Umar berkata bahawa pernah disebut kepada Rasulullah s.a.w seorang Majusi maka beliau bersabda : "Mereka (orang-orang Majusi) memelihara misai mereka dan mencukur janggut mereka, maka (janganlah menyerupai cara mereka) tinggalkan cara mereka."(H/R al Baihaqi)
6. Dari Ibn Umar ra berkata "kami diperintah supaya memelihara janggut"(H/R Muslim)
7. Dari Abi Hurairah bahawa tlah bersabda Rasulullah s.a.w : "Cukurlah misai kamu dan peliharalah janggut kamu". (H/R Muslim)
8. Dari Abi Hurairah berkata bahawa telah bersabda Rasulullah s.a.w :"Peliharalah janggut kamu dan cukurlah misai kamu, janganlah kamu meniru (menyerupai) Yahudi dan Nasrani". (H/R Ahmad)
9. Dari Ibn Abbas berkata : "Bersabda Rasulullah s.a.w : Janganlah kamu meniru (menyerupai) 'Ajam (orang asing dan ), maka peliharalah janggut kamu". (H/R al Bazzar)
Jumhur ulama (ulama tafsir, hadith dan fiqah) menegaskan bahawa suruhan yang terdapat pada hadith-hadith (tentang janggut) adalah menunjukkan suruhan yang wajib bukan sunnah kerana ia menggunakan lafaz atau kalimah: ‘ "nada (gaya) suruhan" yang tegas, jelas (dan diulang-ulang)."
Sunnah Nabi Saw ada 3 jenis..Surah, Sirah, Sarirah or Perbuatan, Percakapan dan Fikir Nabi..Cemana Nabi risau dgn ummat, kita pon kna jgk fikir risau dgn ummat..Nabi saw selalu cakap2 pasal kebesaran Allah, kita pon kna jgk ckp tentang hal yg sama..Nabi saw makan dgn tangan kanan, kita pon mesti makan dgn tangan kanan..sbb apa mesti? sebab dalam Sunnah ada kejayaan.. Cara hidup yg bawa manusia berjaya dunia akhirat.. . Marilah sama2 kita amal sunnah Nabi saw dlm kehidupan.. :D
Ulama bgtau,
Pengertian Sunnah yg kurang tepat : Buat dapat pahala, tak buat takpe..
Pengertian Sunnah yg lebih tepat : Buat untung, tak buat rugi..
Dari Anas bin Malik ra. katanya, Rasulullah SAW telah berkata kepadaku: 'Hai anakku! Jika engkau mampu tidak menyimpan dendam kepada orang lain sejak dari pagi sampai ke petangmu, hendaklah engkau kekalkan kelakuan itu! Kemudian beliau menyambung pula: Hai anakku! Itulah perjalananku (sunnahku), dan barangsiapa yang menyukai sunnahku, maka dia telah menyukaiku, dan barangsiapa yang menyukaiku, dia akan berada denganku di dalam syurga! ' (Riwayat Tarmidzi)
Dari Ibnu Abbas ra. bahwa Nabi SAW yang berkata: "Barangsiapa yang berpegang dengan sunnahku, ketika merata kerusakan pada ummatku, maka baginya pahala seratus orang yang mati syahid". (Riwayat Baihaqi) Dalam riwayat Thabarani dari Abu Hurairah ra. ada sedikit perbedaan, yaitu katanya: Baginya pahala orang yang mati syahid. (At-Targhib Wat-Tarhib 1: 44)
Moga dpt amik iktibar dan sampaikan.. InsyaAllah
buat sungguh untung
ReplyDeletekna byk dengar fadhilat..baru datang semangat!
ReplyDeleteUlama bgtau,
ReplyDeletePengertian Sunnah yg kurang tepat : Buat dapat pahala, tak buat takpe..
Pengertian Sunnah yg lebih tepat : Buat untung, tak buat rugi--> suka dengan statement ni
Saya sekadar menyampaikan sahaja.. :D :D :D
ReplyDelete