Pages

Wednesday, February 16, 2011

Isu Pergolakkan Di Tunisia dan Mesir (Satu pendapat)





Di Tunisia berlakunya revolusi baru-baru ini berpunca apabila rakyat tidak berpuas hati di atas kezaliman pemimpin melalui isu pemuda penjual sayur jalanan yang bernama Muhammad Bouazizi yang ditindas di satu daerah 300 km di Selatan Tunisia. Pemuda yang miskin dan kematian ayahnya namun berpendidikan sarjana hanya menjadi penjual sayur jalanan selama 7 tahun namun ditindas begitu rupa dengan amalan rasuah dikalangan pegawai atasan pemerintahan. Atas kelemahan iman dan tekanan hidup keluarga serta dihalang untuk berniaga, akhirnya beliau membuat keputusan mencurah minyak di badannya lansung membunuh diri. Isu inilah yang menjadi kemarahan rakyat Tunisia menumbangkan rejim perintahan diktator Ben Ali serta merebak ke Mesir.

Isu ini menjadi ulasan pakar-pakar serta wartawan Tanah Arab dan seluroh dunia. Bari Atwan, yang pernah menulis buku The Secret History of Al-Qa'ida memberikan pandangan kepada sekutu Tunisia, Amarika agar menyiapkan sebuah pulau di Kepulauan Pasifik untuk menerima sekutu Arab dan para diktaktor lainnya.

Pakar politik Arab, Hussein Majdoubi mengandaikan kemungkinan akan terjadinya revolusi serupa di Tunisia menjangkiti ke negara-negara Arab lainnya dan sekarang ini adalah Mesir. Beliau juga kecewa dengan Barat yang terus menerus memberikan dukungan dan sokongan kepada para diktaktor Arab.

Clovis Maksoud, bekas wakil Liga Arab untuk PBB mengatakan revolusi Tunisia menjadi pemangkin kepada kejatuhan dunia Arab dan sekarang Mesir di dalam proses kejatuhan sewaktu di wawancara dengan ‘Press TV”.

Yvonne Ridley, wartawan Muslimah yang juga seorang mualaf asal London, UK, berpendapat isu di Tunisai dan Mesir menghasilan rakyat yang tidak takut kepada pemerintah dan juga pendukung rejim iaitu Barat dan Amerika.

Ulasan Dan Pandangan :

Kata Utbah ibn Ghazwan r.a di dalam khutbah beliau yang di riwayatkan oleh Khalid bin Umair al Adawiy r.a ,” Dan sesungguhnya aku telah melihat keadaanku yang ketika itu aku adalah orang yang ke tujuh dari tujuh orang yang bersama Rasulullah saw dan kami tidak memperolehi sesuatu apa pun untuk dimakan kecuali daun-daun pokok sehingga bibir dan rongga-rongga mulut kami luka dan bernanah. Kemudian aku meminta sehelai kain kasar (buat menutup badan dari kesejukan), lalu aku memotongnya menjadi dua bahagian. Sebahagian untuk aku dan sebahagian untuk Saad bin Malik r.a. Sebahagian aku pakai dan bahagian satu lagi dipakai oleh Saad.

Namun pada hari ini, setiap seorang dari kami semuanya telah menjadi amir/Gabnor (pemimpin) dari setiap bandar dari beberapa bandar. Dan sesungguhnya aku berlindung dengan Allah swt dari merasa diriku besar di dalam pandanganku sedangkan pada pandangan Allah aku adalah terlalu kerdil. Dan sesungguhnya tiada akan ujud pemerintahan berdasarkan “Nubuwwah” sedikit pun sehingga ianya akan berubah dan dihujungnya(akhirnya) akan berdiri kerajaan (mulkan)yang akan bersifat keduniaan semata. Maka pada masa mendatang nanti kamu akan mengalami amir-amir (pemrintah) tidak lagi seperti kami.” (Hadis riwayat Muslim No. 7435)

Jelas dari hadis di atas, selepas zaman sahabat tidak lagi ujud pemerintahan yang meletakan “Nubuwaah” di tempat teratas. Maksudnya wujudnya pemerintahan yang meletakan usaha kenabian di tempat tertinggi serta setiap pemimpin dan rakyat bersifat daie yang hasilnya keadilan tertegak dan kehidupan dunia penuh dengan kezuhudan manakala akhirat sangat-sangat dicantai serta menjadi matlamat. Ini sebagaimana pandangan Imam Kurtubi di dalam “Takmilah Fathul mulhim”VI/447.

Apabila pemimpin negara serta pegawainya bermatlamat dunia semata maka akan didapati keadilan tidak akan boleh ditegakkan di dalam masyarakat. Bila keadilan tidak diletakkan pada haknya maka ketika itu tersebarlah pertumpahan darah dan pembunuhan sebagaimana hadis riwayat Imam Malik rah di dalam Muwatha’ No.476.

Apa pun yang jelas dari hadis di atas, sifat pemerintah seperti Rasulullah saw dan sahabat Nabi tidak lagi ujud di muka bumi ini kerana ketiadaan kerajaan yang bersifat “nubuwah” di dalam pemerintaahan hari ini yang mana dakwah menjadi matlamat serta tugas besar umat ini.

Semua ini telah ujud di masa itu dan Ianya terbukti dengan hijranya Nabi saw ke Madinah yang bermatlamatkan dakwah. Ini sebagaimana hadis Rasulullah saw riwayat Aisyah ra.

Aisyah ra berkata,”Tatkala Rasulullah saw sampai di Madinah maka berkatalah (berdendanglah) wanita dan anak-anak:” Telah muncul bulan purnama ke atas kami, munculnya dari Thaniah Wada’ (Mekah). Dan wajibalah ke atas kami bersyukur selama masih ada daie yang menyeru (kepada agama Allah swt).” (Riwayat Imam Baihaqi di dalam Dalail An Nubuwwah 2/506).

Peranan kita yang termampu kita buat adalah dengan meningkatkan pengorbanan atas ugama dengan membentuk jemaah seramai mukin di dalam dan luar negara mengembalikan kekuatan ummah dengan proses yang di lakukan oleh umat awal iaitu “dakwah ilalallah”. Agar dengan itu akan ujud suasana agama dan takwa di dalam masyarakat dan ummat. Bila ini ujud maka Insyallah keadilan dan kepimpinan yang adil akan di zahirkan oleh Allah swt. Ini sebagaimana hadis Rasulullah saw:

Dari Abu Darda ra telah berkata, Rasulullah saw telah bersabda,” Allah swt berfirman ; Aku adalah Allah tidak ada tuhan melainkan Aku. Akulah Raja di atas segala raja-raja. Hati raja-raja di dalam genggamanKu. Bilamana manusia mentaati aku maka aku menukarkan hati raja-raja menjadi kasihbelas serta sayang ketas mereka(rakyat). Bila mereka tidak taat(mengingkari) Aku . maka Aku akan memalingkan hati raja-raja ke arah kemarahan dan dendam ke atas mereka(rakyat). Dan dengan demikian raja-raja akan membuatkan mereka di dalam kesusahan dan penderitaan. Dan daripada kamu mengutuki mereka, kembalilah mengingati Aku dan merayu (kepada Aku) supaya Aku melindungi kamu dari kekejaman mereka.” (Alitidal : 111)

Wallahualam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...