Asbab hidayah dan pilihan Allah dan doa-doa korang, aku sempat gunakan diri, masa dan sedikit hartaku ke jalan Allah di Melbourne. Tak banyak yang berbeza dari segi aktiviti,tp pengalaman keluar di bumi orang memang sangat berharga. Subhanallah, mmg masyarakat dari seluruh alam aku dpt berkenalan. Iretvian,Sudanese, Lebanese, Pakistanese,Afghan, Bangladesh, Indianise, Turkish, Singaporian,Iraqian bla bla bla (tak ingat da..) n tak lupa, Malayuese.heh
Tapi yang paling penting, dapat belajar2 amal Sunnah Nabi Saw, dan usaha atas Iman dan Amal.
Masa di Malam Markaz Masjid Fawkner, sempat kenalan dgn Pak cik Bahrum dari Singapore (Bin raja katanya). Aku pon tatau ape itu Bin raja. Dia cakap dulu dia terkenal main muzik. Sekarang da berenti sebab da kenal usaha agama.
"Drum pon main?" sempat jugak aku tanya.
"Semua saya main,gitar, keyboard,percussion " jawab beliau. Rambut dia panjang sampai bahu. dan pakai serban (part ni aku jeles)
10 Australian Dollar... |
Ikram brother2 Melbourne mmg kuat. Sepanjang berada di Melbourne, 10 dollar je aku belanja. Itu pon duit korban masa kuar ngn orang tempatan situ. Setiap waktu makan, samaada dorang ajak g umah, takpon, dorang bawak datang makanan. Amik dan hantar ke airport pon. Perut sentiasa kenyang, malas buat amal. Tapi agak kesepian jugak la masa mula-mula.Tak jumpa orang Melayu, n jemaah yang kuar hari Khamis. Pagi Sabtu baru dorang keluar beramai2. Jemaah aku di hantar ke Laverton, utk buat usaha kat Masjid At taqwa yang bapak besar.
Sydney Road, Melbourne |
Pas tangguh, aku attach ngan Jemaah dari Hongkong yang buat usaha kat Sydney road, di Melbourne(bukan sydney,oh!) Dapat berkenalan dengan brother Azizul dari Terenganu (bukan Azizulhasni or AzizulHakim), dan Nuruzzaman dr Kelantan. Kedua2 brother ni aku klasifikasikan karkun Melayu buzruk di sini. Dorang mmg kuat buat usaha, tak macam aku.(takpe, aku baru belajar2,heh). Dan sorang pakcik berumur 60-70an dari Hongkong yang sangat baik, dan kuat beramal walaupon berusia.
Setibanya di Launceston pd jam 1, aku dibebani assignment theory yang perlu hntr jam 5ptg. hadow!
Easter break ni, ada ijtima' Melbourne. Semoga Allah pilih InsyaAllah.
Fawkner Mosque, Melbourne |
No comments:
Post a Comment