Pages

Tuesday, January 10, 2012

Khuruj : Launceston, Tasmania


Khuruj 2 hari di Launceston, Tasmania (attach dgn jemaah 40hari dari Melbourne). Iktikaf kat scout hall Carcanoo Paper Beach Road asbab Masjid Launnie tak dibenarkan iktikaf oleh pihak universiti (UTas). Scout hall ni terletak 30-40 minit dari bandar Launceston.

Jalan ke Scout Hall

Tu dia, scout hall kat tengah hutan..

Amik peluang menikmati keindahan pantai blakg scout hall, selepas penat ber'kriket'
Semoga Allah mudahkan usaha org tempatan sini  utk mendirikan sebuah masjid di Launceston, masjid sebelum ini (kepunyaan University) telah di sekat penggunaannya kepada org awam atas sebab2 yang tak munasabah. Semoga Allah pilih saya dan tuan2 utk korban diri harta dan masa utk Allah.



Sunday, October 2, 2011

Jemaah Tabligh : Satu Pendapat


The syaikh says
"These people(tablighs) are very good people,people of khair(good)and they go around the world inviting to Allah and they teach the people the deen of allah, and they take people out of the pubs in to the Masajid of Allah and from the shopping centres to the House of Allah and they carry the Manners of the Prophet and they stive thoughout the world, They have Guided(through Allahs Help and Hidayah millions of People and thousand have become Muslims, So isnt this a Good ? But The people say: They do not care about the complete composition of the people in fiqh and Aqidah, We tell Them" O People of the 'Intelect', O People of 'Aqeedah'...The Fiqh and Fikr and Aqeedah why turn away from they're teaching when they invite to the Houses of Allah.... "Co-operate with them"... all good will be weighted by allah, Fear Allah in Yourselves. "

Bulan pon taat perintah Allah
Sedikit Komentar:
Orang bagi nama jemaah ni dengan macam2 nama. Jemaah Tong Gas, 6 Point brothers, Jemaah Tabligh, dan sbgainya, namun prinsip, pegangan mereka sama.."Kejayaan hanya dalam agama,Taat perintah Allah, dan cara Nabi Saw". Walaupun macam2 org diluar sana berpendapat buruk terhadap Jemaah ni, sedikit pon tak pernah merubah pendirian saya, yang jalan yang dibawa oleh jemaah ni, paling mirip dgn cara Nabi saw. Bagi saya yang ilmu tak tinggi sangat ni, bila dgr mana-mana hadith, ayat Quran tentang dakwah, samaada tentang membelanjakan harta, masa dan diri sendiri, tentang menyeru manusia pada Allah, mengajak kepada kebaikan mencegah kemungkaran, dsbgainya, belum ada satu pon yang bercanggah dgn dalil atau nas, mahupun apa yg saya belajar di sekolah. Tiada yg bertentangan. Jadi, Alhamdulillah, logik dan mudah diterima akal bagi saya, pada hakikatnya, hidayah drp Allah jua.

Di kala aku menulis ni, jutaan manusia sedang khuruj/keluar jalan Allah bertebaran seluruh alam segenap pelusuk kampung, hutan, bukit, pulau hatta di Madinah. Sehinggakan ada yang mengatakan, jika ada orang yang tinggal di bulan, nescaya jemaah juga akan diusahakan untuk dihantar ke sana.


Mesej nya sama sebagaimana Anbiya a.s, perkara pokok yang menjadi buah percakapan dan perbualan, tentang mafhum kalimah yang paling haq, Lailahaillallah, mengajak manusia kepada kenal Allah dan nafikan kekuasaan makhluk,yang secara automatiknya mencegah manusia drp syirik kepada Allah (mungkar paling besar sekali yang manusia sendiri tak sedar,heh, sapa ckp jemaah ni tak cegah kemungkaran??hohoi)

Wah, tulis kat atas tu, sedikit komentar, ni da berjela da ni.. :D :D :D

p/s: Komen di atas adalah berdasarkan pandangan saya sendiri berdasarkan pengalaman beberapa kali keluar dgn brader2 jemaah ni.. tidak mewakili mana2 badan mahupun kaki tangan kerajaan berdaftar mahupon tidak. Dan saya tak pernah lagi terlibat dgn mana2 gerakan lain..Maka saya sendiri tidak tahu gerakan anda. Jika anda yakin dgn usaha itu mirip cara Nabi saw, anda pon boleh katakan demikian..Semoga Allah pilih saya dan tuan-tuan utk korban diri,harta dan masa utk Allah.

Thursday, September 29, 2011

Seloka Tabligh 2

Pintu diketuk disusuli dgn salam,
Yg di dalam tadi riuh tiba-tiba suram,
Allah tarbiah kami utk sangka baik sesama Islam,
Mungkin mereka tak dgr dari dalam,
maklumlah hari sudah malam,
Dahulu nabi menyeru seisi alam,
Seru mereka kpd Islam,
Tapi Abu Jahal dan Abu Lahab pura-pura tak paham,
Kononnya pertahankan adab resam,
Walhal Al-Quran turun dgn maksud mendalam,
mengalahkan segala syair pendeta seluruh alam..

Bkn niat kami utk mengajar,
niat cuma utk belajar-belajar,
Belajar ckp benda yg benar,
nak kata hidup ini cuma sebentar,
kelak kita bertemu yg Maha Besar,
Marilah kita beriman sebentar,
bercakap-cakap tentang kubur,sirat dan masyar,
mudah-mudahan iman yaken bertambah lebar.

Pintu diketuk sebanyak 3 kali,
Sambil itu salam diberi,
Keluar pula seorang lelaki,
rupanya rumah tuan haji,
Dgn wajah berseri-seri,
Manis senyuman tidak terperi,
Lega segala hati kami,
dipelawa masuk tp tak cukup time diberi,
cukuplah kami sekadar di sini,
menghidupkan amalan sunnah nabi,
tapi syg ada yg tak faham-faham lagi,
Bkn takat dicaci bahkan dimaki,
Tak tahu mana dia kesalahan kami,
Rupanya inilah dia kerja nabi,
Iman ditarbiah cara begini,
Sabar diuji berkali-kali,

Azan dilaungkan 5 kali sehari,
Syaitan mendengar terus bersembunyi,
Dlm jamban mmg pilihan sensasi,
Dakwah kpd solat pun syaitan lari,
Dakwah kpd Iman lagilah syaitan benci,
Yg pelik Mat rempit pun lari,
Baru nmpk jamaah berjalan kaki,
Belum sempat salam diberi,
Habis sume mencicit lari,
Meluncur laju mcm Velentino Rossi,

Benci benarkah mahu dgr tentang Allah?
Benci sgtkah mahu dgr kebesaran Allah?
Malukah diri kita mahu dengar kehebatan Allah?
Siapakah yg beri kita rezeki tiap2 hari bukankah Allah?
Siapakah yg perlihara kita sejak dalam rahim bukankah Allah?
Siapakah yg mencipta kita bukankah Allah?
Susah sgtkah mulut mahu ckp yg beri kita mkn itu Allah?

Hari ini kita mesti faham kerja dakwah kerja kita,
Bkn takat kerja ustaz,alim dan ulama,
Tak kira kita petani,peladang,kerani,doctor, YB dan Raja,
Kerja dakwah kerja fulltime kita,
Kerja dunia hanyalah kerja partime sahaja,
Ingatlah teman Ingatlah taulan,
Dunia ini tempat sementara,
Dlm kita bersenda,
Dlm kita bersukaria,
Kerja nabi mesti jalan juga,
Tak kira sesibuk mana,
Tak kira kita di mana,
Kitalah pewaris tugas anbia.

Hari ini,
nama jemaah sudah diberi,
Bkn Maulana Ilyas yg kasi,
Penduduk Malaysia gelarkan tabligh,
Dan bila jamaah melangkah kaki,
kanak-kanak kata lari,
Tabligh datang kome sembunyi,
Di Malaysia mungkin janggal lagi,
Di zaman nabi ziarah dibuat tiap2 hari,
Bkn takat di Aidilfitri..

Ayuh bangkit semua pemuda,
Termasuklah yg tua bangka,
Tak kira kita siapa,
Terpaksa atau suka rela,
Tidak kira dimaki dan dicerca,
Tidak kira kita mulia mahupun hina,
Ayuh hidupkan Dakwah bawaan Baginda,
Ini Syair Hafiz kilau yg punya,
Kalau nk copyright aku pun rela,
Ingatlah kejayaan kita dlm agama,
Blog ini hiburan semata-mata,
Dakwah hanya sa nya cara baginda s.a.w yg Allah terima....
InsyaAllah.....


Sedikit komen:


Dulu2, saya la sebahagian daripada budak2 yang lari bila abang, pakcik tabligh datang.. tapi taktau kenapa..ikut kawan2 je dlu, dorang lari, kita pon lari..padahal pakcik2 tu lalu sebelah padang je.. haish..tp sekarang, sekali sekala saya pulak yg bergerak dgn pakcik2, tgk budak2 kecik main kat padang.. mmg kalo ziarah petang2, lalu tepi padang, akan teringat diri saya masa kecik2 dlu..oh!




dipetik dari Hafizkilau :D :D :D

Saturday, September 10, 2011

Dalam Sunnah ada kejayaan : Pemakaian

Kejayaan manusia hanya se- dalam agama, taat perintah Allah, dengan cara Nabi saw

Penulisan ini adalah untuk diri sendiri, sbb makin hari rasa makin jauh dari Sunnah Nabi saw. Doakan semoga Allah bg kekuatan utk amal sunnah dalam kehidupan, di samping dapat taat perintah Allah setiap waktu dan detik..Iman turun naik, apetah lagi Iman saya yg mcm biskut ni (kejab ada, kejab takde). huuu

Dulu terfikir jgk, apa respond orang orang Australia dengan pemakaian Sunnah..(berjanggut, kopiah, jubah/kurta). Selalu dengar2 cerita, org2 sini tak berapa selesa dengan kehadiran org Asia..ada antara kami yang di baling botol air dan bola ke kepala, dilontarkan dengan kata2 kesat spt uncivilized dan macam2 lagi..Itu yg berpakaian biasa, kemeja tshirt, jeans.. (Apetah lagi kopiah jubah, serban- ni pemikiran bila sampai di bumi Australia mula2 dulu).. rasa takut dengan makhluk tu masih menebal lagi dalam hati ni.., tak cukup korban lagi la tu..oh!

Tapi lepas balik khuruj masa cuti semester haritu, Alhamdulillah Allah bg kekuatan utk amal. Mmg masa tu bisik dalam hati, "apa nak jadi, jadi lah". Pergi kelas, pasaraya, mana2 saja,paling kurang, kopiah..Tp mmg betul, kalau niat nak sukakan Allah, semua benda jadi mudah.. Kan makhluk tu semua dalam genggaman Allah.. Allah yang bolak balikkan hati manusia..kalo Allah nak jadikan org bukan Islam tu selesa dengan Sunnah Nabi saw, tak ada siapa pon boleh halang.. kan?

Kisah 1 : "Hi Abdul! Abdul?" Seorang mat salleh menyapa saya sambil mengangkat tangan dan melontarkan senyuman.. Oh, terharu sungguh masa tu..masa tu tengah duduk tunggu member yang membeli belah tak hbs2 lagi..

Kisah 2 : "Tin tin ton ton" Pakcik dan makcik salleh hon dari jauh, sambil angkat tangan dan senyum semasa saya dan jemaah dari Melbourne buat ziarah kat Launceston ni..

Kisah 3 : Atas ketentuan Allah, kelas semester lepas dan semester ni hari Jumaat..9-4ptg.. mmg menjadi masalah besar bg kami budak2 lelaki Melayu Muslim terutama sekelas dgn saya bila tiba waktu utk solat Jumaat. Nasib tak baik, dkt2 masa tu la, nak ada tutorial, crit session, presentation dan sbgnya, dugaan2 penghalang Solat Jumaat.. jadi, ada la yang terlepas solat jumaat atas sebab2 diatas. tp Alhamdulillah, semester ni..bila Islam itu disyiarkan dgn pakaian dan sedikit perbincangan (eceh), lecturer2 dan student local pulak yang terlebih concern dgn solat Jumaat kitorang..masing offer diri utk swap turn tutorial, discussion dgn lecturer, supaya kami berpeluang utk solat Jumaat..hah, sapa cakap susah nak amal agama kat bumi Australia nih? saya!hoho

Kisah 4: Kalau beli barang kat pasaraya sini, kalau cashier tu perempuan, biasanya saya terpaksalah bukak tapak tangan selebar2nya kalo nak terima balance/receipt *nak bg hint kat cashier ( jangan sampai sentuh tangan, nnti wuduk aku batal, tolongg!!!)

Di sini ada 2 keadaan mengikut pengalaman saya sendiri.. kalo tak pakai kopiah, jubah, etc, jgn haraplah dorang nak letak duit tu tanpa terkena tangan yang menadah ni..buka la selebar mana pon, dorang belasah je letak duit tu kat tangan kita..
Tapi lain kalo berSunnah..berdasarkan pengalaman, mmg cashier2 ni seperti dilatih or diberitahu oleh majikan supaya  tidak sentuh tangan org2 muslim, nnti wuduk mereka batal..hehe macam pelik, tp mmg macam tu la yang terjadi. Well, cemana dorang nak tau kita ni muslim atau tak kalo pakaian kita sama, sebijik, sebutir, seacuan macam mereka..

Semua tindak tanduk manusia binatang, jin semua dalam kawalan Allah swt belaka.. Cuma pada kita yg kena usaha supaya yakin pd Allah sebulat bulatnya dan amal sunnah Nabi saw sehinggakan bukan Islam pon Allah boleh jadikan asbab manfaat atau khidmat utk kita.. Tak mustahil kan..sedangkan ikan ikan di laut, haiwan berbisa pon boleh mendoakan keampunan utk seseorang Hamba Allah (spt yg terdpt dlm hadith  Nabi saw.), apetah lagi manusia yg berkaki bertangan..

Well, takde la teruk sgt rupanya orang2 sini.. Utk taat perintah Allah, amal sunnah Nabi saw perlukan kekuatan iman. Tak hairanlah, ada hadith Nabi yang mengatakan Umat Nabi yang amal agama, seperti mengenggam bara api. Sesungguhnya, mmg payah, tapi lama kelamaan kalo istiqamah, bara yang membara pon akan malap, kesenangan pulak akan datang..Kita takkan nampak kuat atau tidak iman kita, melainkan dengan amalan agama.. Jadi kalau nampak saya TIDAK berkopiah, berjubah,bersugi, solat awal waktu..iman lemah la tu (no doubt).adoiyai nye pon!

Doakan saya yer tuan tuan.. Iman lemah sgt2.. Semoga agama yang sempurna hadir dalam diri kita semua. Amin..

Sunday, September 4, 2011

Selamat Hari Raya 2011

Bumi Tasmania..baru start nak menghijau balik..

Cambell Town, Tasmania - on our way to Hobart
Pekan Hobart, Tasmania

Thursday, August 11, 2011

Jalan vs Alasan



Kita Ummat Nabi Saw patut cari JALAN untuk amal Sunnah dalam kehidupan bukan cari ALASAN untuk meninggalkan sunnah Nabi saw.

“Sesiapa yang tidak suka terhadap sunnahku, maka dia bukanlah golonganku”.(Lihat: Jami’ul Ushul (1/294). Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim dari Anas r.a.)


p/s : Sunnah - buat UNTUNG, tinggal RUGI

Sunday, July 31, 2011

Talfiq oh Talfiq




Talfiq..sekali dengar macam nama orang. Tapi ada satu perkara mustahak untuk kita semua tahu apa itu talfiq..tapi sebelum itu..


Dulu sorang sifolan yg bersekolah agama pernah bagitau pada saya, kalau kita tahu hukum2 dari mazhab yg lain, kita boleh guna pakai. Mengikut pengetahuan beliau dari saudaranya yang belajar di Mesir, Mazhab Hanafi mengkategorikan musafir walaupon seseorang itu menetap di suatu tempat lebih dari 3 hari.. Maka berpegang dengan ilmu tersebut, semasa kami menghadiri program selama seminggu di tanah air, selama seminggulah beliau jamak & qasar sembahyangnya tanpa ragu-ragu dan syak wasangka lagi.. Saya yang cetek ilmu, maka saya berdiam diri sahaja. 


Baru-baru ini saya keluar/khuruj dengan beberapa jemaah dari Sydney, yang majoritinya bermazhab Hanafi. Dalam bab sembahyang, walaupon tidak digalakkan bermuzakarah bab mazhab, tetapi atas kelemahan saya terkongsi serba sedikit tentang mazhab masing2.. Dan ketika itulah saya tahu yang mereka yang bermazhab Hanafi TIDAK menjamakkan solat, Zohor dan Asar, Maghrib dan Isyak(betulkan saya jika tersilap). Jadi, bagaimana dengan pegangan sifolan tadi?

Amir Sab kami yang berketuruan Fiji berkata "Kita ada 4 mazhab yang mashur. Sedangkan 4 Imam mazhab tadi sudah tetapkan jalan/cara masing-masing.. Maka kalau kita campur adukkan mazhab-mazhab, kita dah buat mazhab kelima." Wallahualam..


Semoga Allah pelihara saya dan tuan2 dari golongan yang memudah-mudahkan agama.

Satu penerangan yang dipetik dari blog Ustaz Hambali alorstari.

Talfiq bermakna “melipat”, namun pada istilah syar’i bermakna mencampuradukkan pendapat seorang ulama dengan pendapat ulama lain. Sedangkan tidak seorang pun dari mereka yang membernarkan perbuatan yang dilakukan tersebut.


Syeikh Muhammad Amin al-Kurdi mengatakan:

“(syarat kelima dari taqlid) adalah tidak talfiq, iaitu tidak mencampurkan di antara dua pendapat di dalam satu qadliyah (masalah), samada sejak dari awal, pertengahan dan seterusnya. Akibatnya nanti dua pendapat itu akan menimbulkan satu amaliyah yang tak pernah disebutkan oleh orang pendapat tersebut.” (Tanwir al-Qulub, 397)
Ini menunjukkan bahawa talfiq adalah melakukan suatu perbuatan atas dasar hukum yang merupakan gabungan dua madzhab atau lebih.

Contoh seperti berikut:
a. Seseorang berwudhu’ menurut madzhab Syafi’I dengan menyapu atau mengusap sebahagian (kurang dari seperempat) kepala. Selepas itu dia menyentuh kulit wanita ajnabiyyah (bukan mahramnya), kemudian terus bersolat dengan mengikuti Mazhab Hanafi yang berpendapat bahwa menyentuh wanita ajnabiyyah tidak membatalkan wudhu’.

Perbuatan seperti ini disebut talfiq, karana mencapuradukkan pendapat Imam Syafi’I dan Hanafi dalam masalah wudhu’. Hasilnya, kedua Imam tersebut sama-sama tidak mengakui bahwa gabungan itu merupakan pendapat mereka. Ini adalah kerana, Imam Syafi’I berpendapat batal wudhu’ seseorang yang menyentuh kulit wanita yang bukan mahram (Ajnabiyah). Sedangkan dalam masa yang sama Imam Hanafi tidak mengesahkan wudhu’ seseorang yang hanya mengusap sebahagian kepala.

b. Seseorang berwudhu’ dengan menyapu sebahagian kepala, atau tidak menggosok anggota wudhu’ karena mengiikuti madzhab Imam Syafi’i. Kemudiannya dia menyentuh anjing, karena mengikut Mazhab Imam Malik yang mengatakan bahwa anjing adalah suci. Ketika dia solat, maka kedua imam tersebut tentunya sama-sama akan membatalkannya. Sebabnya menurut Mazhab Maliki wudhu’ itu hendaklah dengan mengusap atau menyapu seluruh kepala dan juga dengan mengosok anggota wudhu’. Berwudu’ cara Imam Syafi’I, menurut Imam Malik adalah tidak sah.

Demikian juga anjing menurut Imam Syafi’i termasuk najis mughallazhah (najis yang berat). Maka ketika menyentuh anjing lalu bersolat, Maka solatnya tidak sah. Sebab berlaku demikian kerana kedua imam itu tidak menganggap sah salat yang dilaksanakan dengan cara tersebut.

Talfiq seperti ini dilarang di dalam agama sebagaimana yang tersebut di dalam kitab I’anah al-Thalibin:

“talfiq dalam satu masalah itu dilarang, seperti mengikuti Imam Malik dalam sucinya anjing dan ikut Imam Syafi’I dalam bolehnya mengusap sebahagian kepala untuk mengerjakan solat.” (I’anah al-Thalibin, juz 1, hal 17)

Perkara ini dilarang kerana dibimbangi akan terjadi “tatabbu’ al-rukhash” (mencari yang mudah) di dalam beramal. Ini juga agar umat tidak mengambil jalan meringan-ringankan hokum dan agar tidak bersifat “tala’ub” (main-main) di dalam hukum agama.
Sebenarnya larangan talfiq bukan untuk mengekang kebebasan umat Islam untuk memilih mazhab. Ianya juga bukanlah merestui sikap pembelaan dan fanatik terhadap mazhab tertentu namun ianya lebih kepada menjaga kebebasan bermazhab agar tidak disalahfahami oleh sesetengah gulongan.

Untuk menghindari amalan talfiq yang dilarang ini, maka perlulah ada satu penetapan hukum dengan memilih salah satu mazhab dari ‘mazahib al-arba’ah’ yang sesuai dengan keadaan dan suasana di tempat kita.

Wallahualam

Sumber: Muhyiddin Abdusshomad, Fiqih Tradisionalis, Malang:Pustaka Bayan, 2004, dengan olahan di dalam bahasa Malaysia oleh penulis.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...